Monday, 20 February 2012

Meh, Main Puzzles Hidup. BAB 3

Meh Main Puzzles Hidup BAB 3



BAB 3
Hahaha.
Dia tergelak seorang tanpa memikirkan sesiapa. Lagipun dia tinggal seorang di sini. Takde orang nak kesah pun. Kalau dia nak tergelak macam hantu, takkan ada yang terpekik terlolong menyuruhnya berhenti gelak terbahak-bahak. Kecuali, ya kecuali dia balik rumah Ibu & Family Resorts.
Ibu & Family Resorts, itulah nama yang dia beri untuk kediaman rasminya sejak lahir. Nampak gempakkan?

Saja je nak bagi nama tu padahal rumah ibu hanyalah rumah teres dua tingkat bercat jingga dikelilingi dengan taman bunga ros. Abahnya pun turut serta dalam kebun ibu setelah bersara dari menjadi seorang guru besar.
Ibu dan abah, dua orang insan yang ada dalam dunia ni. Oppss, terlupa nak bagi tahu, dia ada dua orang insan lagi, iaitu my little cute nephews, Afiz dan Afiq. Kembar tu anak kepada Along. Alongnya dah 5 tahun meninggal dunia kerana kanser rahim. Suami Along pula terlibat dengan kemalangan jalan raya dan menemui ajalnya di tempat kejadian.
Briefly, that’s my life. Tiada apa-apa yang extraordinary.

Berbalik kepada gelaknya yang mengalahkan jembalang di tengah malam ini adalah disebabkan gelagat Luffy (Gomu-gomu man@ Rubber Man). Memang best sampai tak ingat dunia baca manga One Piece ni. Tabik spring sama Eiichiro Oda.
Hobinya, membaca manga ini telah sebati dalam dirinya sejak sekolah menengah lagi. Sebut apa sahaja manga terutamanya yang melibatkan aksi dan adventure, semua dah dia sapu.
Jam sudah menunjukkan 2 pagi. Tidur, tidur. Tidur Che Ain oi.

Penat sudah minda cakap berhenti, hatinya masih lagi ingin membaca manga. Akhirnya, dia mengalah.
Tidur je la.
Jam sudah beranjak 2.30 pagi. Chubby di hujung katil segera dicapai, nak buat bantal guling.

Chubby, seekor kucing berwarna putih, berbulu lebat telah menjadi penemannya sejak 3 tahun dia mengajar di sini. Hadiah dari abah dan ibu kerana berjaya menamatkan pengajaran dan menjadi seorang guru seperti yang diinginkan mereka.
Selimut berwarna coklat ditarik sehingga paras dada. Jam loceng segera diset ke pukul 5. Lama-kelamaan matanya mula layu dan pejam.
~BERSAMBUNG~


No comments:

Post a Comment