![]() |
| MEH, MAIN PUZZLES HIDUP. |
BAB 2
Daddy sakit. Sila balik dengan segera.
Itulah antara kandungan telegram yang diterimanya pagi tadi. Entah tulisan siapa dia tidak dapat cam. Yang mustahak dan yang paling penting kakinya telah selamat menjejaki Malaysia.
Welcome home, Megat Qayyum Aqil bin Megat Qalish Khairuddin..
10 tahun dia tinggal di London, mengurus perniagaan bakery kepunyaan syarikat daddy. Yeah, to be honest, dia sebenarnya dicampak ke London dengan harapan, pergi mampuslah dia dengan kedai kek yang nak bankrap tu.
Sebenarnya sebelum perniagaan bakery itu berkembang seperti hari ini, ia hanyalah kedai kek kecil yang hampir bankrap. Dia yang baru menjadi anak yatim untuk tempoh dua minggu alih-alih sudah diarahkan oleh ibu tirinya untuk menguruskan kedai kek yang terbiar milik keluarganya. Memang tragis untuk seorang anak yatim yang berusia 13 tahun.
Pelajarannya tidak pernah diabaikan walaupun sibuk menguruskan kedai kek yang terbiar itu. Buktinya, di genggamannya kini sudah ada segulung sijil master dalam Pengajian Perniagaan.
Keluarga?
Ada apa dengan keluarga. Hatinya sudah beku dengan apa-apa je yang melibatkan kasih sayang. Baginya money is love. Takde duit masuk takde makna dalam hidupnya. That’s me.
Pengalaman hidup menggerakkan pemikirannya sedemikian.
“Selamat datang, Tuan Muda Syed Qayyum Aqil.”
Pak Ali, pemandu daddy yang setia, semakin tua. Rambut yang memutih di kepala Pak Ali mengingatkannya bahawa masa yang beranjak ke hadapan sudah terlalu lama bergerak.
Segala-galanya sudah berubah. Malaysia sudah mencapai kemajuan sejak 10 tahun berlalu. Terlalu banyak perubahan sehingga dia sudah tidak ingat bagaimana rupanya The Old Malaysia.
Perjalanan ke banglo daddynya yang mengambil masa selama 1 jam itu terasa begitu lambat. Matanya merenung menembusi tingkap kereta yang seperti ditinta dengan dakwat hitam. Entah bila, matanya terkatup. Mungkin terlalu penat akibat perjalanan yang jauh. Akhirnya, dia terlena sehingga sampai ke destinasi yang dituju.
Sampai sahaja dia di rumah, ketibaannya disambut dengan senyuman Mak Minah seorang. Seperti biasa, kehadiran di banglo mewah 3 tingkat ini hanyalah dianggap sebagai anak buangan.
Banglo mewah ini terletak di pinggir kota, tenang dari kebingitan kota. Sudah menjadi lumrah bahawa kedatangan orang kota ke kawasan yang jauh dari kota untuk menghirup sedikit udara segar.
Daddy berasal dari Johor tapi mama dari Sarawak. Selepas mama meninggal dunia, daddy mengambil keputusan untuk bermastautin tetap di negeri kelahiran mama. Akhirnya, sebuah banglo terbina di pinggir Kuching ini, atau lebih tepat lagi di Lundu. Mungkin tidak ramain yang sedar akan sebuah pekan kecil ini.
Akil tidak tahu apakah tarikan yang membuatkan daddy memilih Lundu tetapi dia pasti ada sebab. Dia kenal daddynya sendiri.
Selebar mana pun senyuman Mak Minah, Akil tidak peduli. Lagipun dia bukanlah jenis yang friendly. Asal kehidupan peribadi dirinya tidak diganggu, dia tidak akan peduli dengan orang di sekitarnya.
Mak Minah? Dia tak kenal siapa dan tidak mahu kenal. Tiada manfaat untuk mengenali pembantu rumah itu.
Segera beg berwarna hitam yang dijinjitnya diambil alih oleh Mak Minah. Tanpa kata, bagaikan memahami, Mak Minah tidak berkata apa-apa, sebaliknya terus berjaan menuju ke biliknya.
Sebaik sahaja pintu bilik yang dibuak, bauan ros semerbak menjengah hidungnya. Wangi.
Ringkas. Biliknya begitu ringkas namun dia tidak kisah. Lagipun, dia tidak akan berada di Lundu ini dalam tempoh yang lama. Kedatangannya hanya sekadar melawat daddy yang sakit. Tiada apa yang penting untuk dia mempertimbangkan segala keputusannya untuk tinggal lama-lama di situ.
Bilik yang bercat warna hijau cair itu Cuma dihiasi dengan sebuah katil bersaiz king dan satu set sofa berwarna putih. Permaidani yang mempunyai motif bunga itu langsung tidak mampu menarik perhatiannya.
Itu sahaja. Ya itu sahaja. Setakat itu persiapan yang disediakan untuknya, untuk menyambut kepulangannya. Ternyata kebencian dari ibu tirinya masih lagi menyala.
Badannya dihempaskan ke atas tilam yang empuk itu. Matanya merenung siling dan keluhan terdengar dari kedua bibirnya.
Rindu. Dia begitu rindukan mama dan daddy yang di dalam gambaran mindanya yang dulu. Daddy yang begitu mengambil berat akan keluarga dan akan sentiasa senyum untuknya. Mama yang sangat penyayang dan sentiasa ada untuknya walau apa yang berlaku.
Dia rindu dengan daddy dan mama sebelum perkahwinan daddy yang baru dengan ibu tirinya 13 tahunyang dulu.
Akil melurut rambut hitamnya yang lebat. Terasa begitu berat beban yang ditanggung sejak 10 tahun yang lalu. Sudahlah hilang tempat bermanja, diri pula dicampakkan ke dalam lingkungan manusia di luar jangkauan pemikiran.
Malas memikirkan diri yang terlalu nampak terdesak, dia pantas bangun menuju ke bilik air. Walaupun kedatangannya tidak bersambut, dia perlu menunjukkan muka untuk menemui daddy yang sakit.
~BERSAMBUNG~

No comments:
Post a Comment