Saturday, 16 April 2011

PerKembanGan KeDai KeK AiN

Citer 2
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dikembalikan.”
Alhamdullilah, setiap kali aku buka mata setelah dari tidur lena, aku dapati nyawa ini masih lagi tersarung pada jasad. Jantung masih lagi berdegup normal. Mata masih lagi boleh melihat, telinga masih lagi mendengar, mulut masih mampu mengucapkan alhamdullilah dan saraf-saraf ini masih lagi boleh menerima impulses.
Perkara pertama untuk aku pelajari dalam Islam ialah, Al Fatihah selepas mengucap kalimah syahadah. Aku suka Al Fatihah, sangat suka. Lama juga kot aku hafal Al Fatihah tapi alhamdullilah aku dapat lakukannya. Walaupun aku rasa sentiasa lambat untuk menghafal dengan OS yang lambat loading ni tapi Insya Allah semuanya boleh jika dilakukan dengan penuh istiqamah. XD
Kemudian, sedikit demi sedikit aku mula mempelajari tentang solat. Solat buat aku tenang, aku cuba untuk merendahkan hati ini, serendah-rendahnya sebagai hamba Allah yang hina. Hamba yang banyak membuat dosa tidak kira masa dan tempat. Bayangkan selama ini hidup aku ibarat macam tiada pegangan, kalau tak silap aku dalam 7 tahun macam tu. Selepas menemui kebahagian yang hakiki di jalan Allah, aku mula mendidik hati ini yang telah lama keras menjadi kerikil. Agaknya kerikil-kerikil kat tepi jalan tu pown lagi boleh menjadi serpihan halus berbanding hati aku ni. Banyak lagi yang perlu aku didik.
Masih lagi aku ingat beberapa minit sebelum aku menjadi Nur Qurratul Ain, aku membuat satu request kepada "mereka", “Tolong jaga saya.” Malam tu, ramai yang datang ke bilik hamba Allah (Yaya & Ckyn) , membawa kesyukuran yang tak terhingga. Ada yang memberikan helaian tudung untuk menutup aurat. Tudung ini membuat aku selamat kerana tiada lagi yang mampu mengeksploitasi aku melalui mata mereka yang nakal. Sayang kepada mereka yang tidak mengenakan tudung ataupun menganggap tudung sebagai hiasan kepala semata. Allah itu Maha Mengetahui, tiada hukum bagi perempuan untuk wajib menutup aurat kalau semuanya itu tidak akan menjamin kepentingan untuk kita semua. Jadi kepada mereka yang suka mengenakan tudung ikut fesyen dalam butik muslimah ala-ala zaman moden tu, sila la yerr tanya apa tujuan anda memakai tudung? Sebab mengejar keredhaan Allah dan mengelakkan azab neraka nanti ke? Ataupun atas kewajipan semata-mata dan buat korang semua rasa ikut fesyen tu tak jadi masalah sebab yang penting rambut dah ditutup? Lu pikir lah sendiri.
Hari yang berlalu, membuatkan aku terasa sudah lama menjadi seorang muslimat padahal baru beberapa minggu. Kesyukuran yang terhingga kerana aku diberikan hidayah olehNya. Dugaan yang Allah swt bagi tu berguna tau, ada hikmahnya. Macam yang kawan aku cakap, “Dugaan tu Allah bagi untuk menguji keimanan kita. Semakin berat dugaannya, semakin iman kita akan bertambah jika kita berjaya melepas dugaan tersebut. Insya Allah.” Malah, Allah pun tidak akan membebankan kita dengan dugaan yang kita tak mampu. Selepas aku menjadi Nur Qurratul Ain banyak juga dugaan tapi Alhamdullilah rasanya sekarang ni aku masih lagi mampu tersenyum. Reaksi famili yang mamang aku duga, reaksi kawan yang aku tak pernah duga, fitnah orang yang mengatakan aku dipaksa untuk convert, semuanya buat emosi aku bercampur macam rojak buah. Huru hara kedai kek aku,means hidup ini macam kek, macam-macam perisa sekarang yang my taste bud boleh rasa.
Tapi bagi, kalau aku di jalan yang betul susah rasanya aku nak patah balik. Sekali I buat keputusan, no turning back sebab dalam prinsip hidup I U turn tu tak wujud. Yang penting untuk aku ialah masa depan, tapi masa belakang pun penting juga. Kalau aku biasanya aku jadikan masa belakang aku sebagai motivasi, masa depan sebagai panduan. Hidup aku sekarang hanyalah untuk mencari keredhaan Allah swt. Aku kadang-kadang jadi cemburu kepada mereka yang lahir sebagai Islam kerana amal ibadat mereka yang telah terkumpul sejak sekian lama pasti banyak dari aku. Sedihnyerrrr... Tapi walaupun aku tertinggal komuter tak semestinya tak ada lagi peluang aku untuk naik komuter. Yang penting aku tunggu dengan sabar dan istiqamah. Kan3.
Ya Allah, aku rindu pada panggilan mati, mati di jalan Mu. Ya Allah aku tertunggu untuk sentiasa mendapat keredhaanMu. Ya Allah, aku jadi tertanya bilakah aku akan mendapat kekhusyukan untuk beribadat kepada Mu sepenuhnya, aku jadi cemburu kepada mereka, golongan ahli syurga yang begitu khsuyuk menghadapMu. Aku jadi takut dengan akhirat yang mungkin di mana neraka jahanam itu jadi rumahku. Ya Allah jauhkanlah aku dari azab kubur dan neraka. Luruskan jalan yang bengkok setiap kali aku tersasar dari jalanMu. Semuanya dengan keizinanMu semata. Di hati ini aku sematkan bahawa biarlah ibadatku ini ikhlas dan istiqamah sehingga nyawa ini dicabut oleh Izra’il pada masanya suatu hari nanti. Pesan Cikgu Ain, sila luaskan kubur anda dan pastikan anda dapat tiket flight ke Syurga nanti. Insya Allah bagi mereka yang kaya dengan amal ibadah. Bagi mereka yang belum lagi bersedia, ingatlah taubat anda itu akan diterima  sehinggalah matahari terbit barat nanti. Sampai sini je yerrr, assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment