Friday, 27 April 2012

SeIrInG & SeJalan DalaM ImAN

ToLong TengOkkAN Tudung Saya, IkUT SyaRIAT TaK?

Tudung tu kan LAwa..


Hari tu aku pergi berPBS di sebuah sekolah

Tetiba ada sorang student ni cakap

“Cikgu ni cantiklah.”

Naa..

Reaksi aku?

Blur habis dowh

Out of blue dia cakap camtu

Aku just senyum dengan dia

Tayang gigi yang tak pernah masuk iklan Colgate

Terkejut juga sebenarnya

Walaupun before this ramai student yang cakap macam tu

Ahahaha

Ni kes masuk lif tekan sendiri

Aku tak pernah rasa diri aku macam tu

Sebenarnya, aku dah lupa apa tu cantik

Dan aku tak pernah fikir aku cantik pun

Cuma aku rasa mata student tu yang ada problem

Rabun dekat kot?

Ahahaha

Seriously?

Aku malas dah nak fikir dengan apa yang orang fikir pasal fizikal aku

I am who I am

Ditakdirkan esoknya aku jumpa dia lagi

Opppss,lupa nak bagitahu

Pelajar ni muslimah

Tapi time aku jumpa dia kali ini, tudung entah terbang ke mana
Aku berbual dengan dia sekejap

Me : Kenapa tak pakai tudung?

Student : Tudung saya basah cikgu

~aku diam sejenak~

Me : Cikgu cantik tak pakai tudung?

Student : Cantik

~kihkihkih~bab ni jangan ikut cam aku~mode perasan~

Me : Nak cantik macam cikgu?

Student : Nak!!!!!

Me : Kalau nak cantik macam cikgu, pakailah tudung. Tudung tu kan untuk jaga aurat.

Esoknya aku nampak dia pakai tudung pergi sekolah

Alhamdullilah

Doakan dia semoga sentiasa berada dalam jagaan Allah swt

Dia tu cute sangat

Cuma ada family prob sikit

Ada lagi satu citer pasal tudung juga

Tapi dia ni junior aku

Aku jumpa dalam dewan

Kebetulan dia pakai shawl dan duduk di sebelah aku

Terjadilah perbualan tak disangka

Me : Lawa shawl

Junior : Akak sindir saya ke ni?

Me : Mana ada. Akak puji yang betul-betul ni

~tapi dia masih tak percaya gak~

Me: Tapi lawa lagi kalau shawl ni yang labuh sikit. Akak pun teringin nak pakai shawl tapi tak reti nak lilit. Yang akak reti setakat tudung yang biasa-biasa je.
~amik kau~dah aku puji betul-betul dia tak percaya~kan dah kena ceramah free~

Junior : Ala, akak. Saya rushing pagi ni tadi, sebab tu yang tangkap muat je dengan shawl ni.

Me : Owh, macam yang akak cakap lawa memang lawa tapi kalau labuh sikit memang ramai yang pergi kenyit mata. Setakat tudung akak ni, sapelah yang nak pandang.

~gelak-gelak bersama junior~

Memang seronok gelak-gelak time tu

Tak lama lepas tu aku nampak dia pakai tudung yang labuh

Once again, alhamdullilah

Apa yang aku nak cuba sampaikan kat sini

Memang rada muslimah yang tak pakai tudung sekarang

Ada juga yang pakai tapi tak cukup syarat

Cuma kalau ada yang menegur, sila tegur dengan berhemah

Tegur dengan lemah lembut

Api lawannya air

Jangan sampai dia jadi lebih parah lagi

Tudung tu fungsinya tutup aurat

Memang ada yang cakap “Buat apa aku pakai tudung tapi perangai macam kacang hantu?”

Rilek ar

Nak tak nak tudung tu dah disyariatkan

Kau tak boleh say NO

If Allah swt say NO kat kau

Entah apalah yang jadi

Even aku sendiripernah kena tanya

“Kau tak panas ke bila pakai tudung besar camni?”

Aku senyum je tapi dalam hati aku jawab,

 “Aku takut lagi panas neraka dari panas sebab pakai tudung.”
Muslimah itu indah pada auratnya
Hijab untuk muslimah bukan untuk mengongkong tapi untuk menjaga
:)





No comments:

Post a Comment