Sunday, 26 February 2012

ReNUngaN HaTi

@-@

Bersangka baiklah pada Allah swt
Yakin dan teguhkan hati pada RasulNya
Kerana Allah swt itu pencipta bagi Adam dan Hawa
Hanya Dia kenal aku
Hanya dia kenal kau
Tak ada sesiapa pun yang mampu berkongsi suka dan duka selain daripada Allah
Aku kadang-kadang jadi sunyi
Aku selalu celaru dalam akal fikir serabut
Tapi selagi aku ingat Allah swt, jiwa jadi tenang
Hati luka jadi sembuh
Zikir jadi peringatan
Solat jadi pengubat hati
Sunnah jadi nakhoda hidup
Sejauh mana kita bangga dengan hidup duniawi ini?
Sejauh itu jugakah sia-sia nikmat yang Allah bagi?
Pernahkah terfikir dengan seorang pesalah yang akan mati tali gantung esok?
Mungkin mereka lebih dekat dengan Allah berbanding kita
Kerana mereka tahu, "Ah, esok telah sampai ajalku!"
Cuma sayang buat kita yang masih lagi lalai dengan urusan duniawi
Tidak perlu beramal ibadah seperti seorang ulama
Kerana aku dan engkau dua individu yang berbeza
Buatlah ikut tahap diri yang mampu
"Labuhnya tudung dia"
"Takutlah nak kawan dengan dia."
Perlukah kau rendahkan dirimu pada gadis bertudung labuh?
Atau kau bangga dengan tudung ekspresmu yang sekejap on off itu?
Dan kita sering diingatkan "Bencilah pada kemungkaran!"
Amal makruf nahi mungkar
Besarnya tanggungjawab tu
Benci pada perbuatan yang mungkar bukan pada pelakunya
Malah jadi tanggungjawab kau dan aku untuk membantunya
Jangan biarkan mereka hilang dalam nafsu dunia yang tidak kekal
Jangan hukum mereka dengan stereotaip kamu itu
Kita tidak berhak untuk menghukum
Yang punya hak cuma Dia yang menurunkan Al Quran sebagai pedoman
Berjalanlah dengan penuh rasa takwa dan rendah diri terhadap Allah
Apa yang aku rasa
Apa yang fikir
Apa yang aku lalui
Apa yang aku alami
Apa yang menjadi bebanan untuk aku
Laluan kehidupan kita mungkin berbeza
Ingat, definisi derita dan bahagia tidak sama
Hanya mereka yang pernah lalui saja tahu
Manfaat nikmat yang Allah bagi
Bersangka baik terhadap mereka di sekeliling
Dan bersangka baiklah terhadap Allah swt

Monday, 20 February 2012

Meh, Main Puzzles Hidup. BAB 3

Meh Main Puzzles Hidup BAB 3



BAB 3
Hahaha.
Dia tergelak seorang tanpa memikirkan sesiapa. Lagipun dia tinggal seorang di sini. Takde orang nak kesah pun. Kalau dia nak tergelak macam hantu, takkan ada yang terpekik terlolong menyuruhnya berhenti gelak terbahak-bahak. Kecuali, ya kecuali dia balik rumah Ibu & Family Resorts.
Ibu & Family Resorts, itulah nama yang dia beri untuk kediaman rasminya sejak lahir. Nampak gempakkan?

Saja je nak bagi nama tu padahal rumah ibu hanyalah rumah teres dua tingkat bercat jingga dikelilingi dengan taman bunga ros. Abahnya pun turut serta dalam kebun ibu setelah bersara dari menjadi seorang guru besar.
Ibu dan abah, dua orang insan yang ada dalam dunia ni. Oppss, terlupa nak bagi tahu, dia ada dua orang insan lagi, iaitu my little cute nephews, Afiz dan Afiq. Kembar tu anak kepada Along. Alongnya dah 5 tahun meninggal dunia kerana kanser rahim. Suami Along pula terlibat dengan kemalangan jalan raya dan menemui ajalnya di tempat kejadian.
Briefly, that’s my life. Tiada apa-apa yang extraordinary.

Berbalik kepada gelaknya yang mengalahkan jembalang di tengah malam ini adalah disebabkan gelagat Luffy (Gomu-gomu man@ Rubber Man). Memang best sampai tak ingat dunia baca manga One Piece ni. Tabik spring sama Eiichiro Oda.
Hobinya, membaca manga ini telah sebati dalam dirinya sejak sekolah menengah lagi. Sebut apa sahaja manga terutamanya yang melibatkan aksi dan adventure, semua dah dia sapu.
Jam sudah menunjukkan 2 pagi. Tidur, tidur. Tidur Che Ain oi.

Penat sudah minda cakap berhenti, hatinya masih lagi ingin membaca manga. Akhirnya, dia mengalah.
Tidur je la.
Jam sudah beranjak 2.30 pagi. Chubby di hujung katil segera dicapai, nak buat bantal guling.

Chubby, seekor kucing berwarna putih, berbulu lebat telah menjadi penemannya sejak 3 tahun dia mengajar di sini. Hadiah dari abah dan ibu kerana berjaya menamatkan pengajaran dan menjadi seorang guru seperti yang diinginkan mereka.
Selimut berwarna coklat ditarik sehingga paras dada. Jam loceng segera diset ke pukul 5. Lama-kelamaan matanya mula layu dan pejam.
~BERSAMBUNG~


Saturday, 18 February 2012

Meh, Main Puzzles Hidup. BAB 2

MEH, MAIN PUZZLES HIDUP.
BAB 2
Daddy sakit. Sila balik dengan segera.

Itulah antara kandungan telegram yang diterimanya pagi tadi. Entah tulisan siapa dia tidak dapat cam. Yang mustahak dan yang paling penting kakinya telah selamat menjejaki Malaysia.
Welcome home, Megat Qayyum Aqil bin Megat Qalish Khairuddin..
10 tahun dia tinggal di London, mengurus perniagaan bakery kepunyaan syarikat daddy. Yeah, to be honest, dia sebenarnya dicampak ke London dengan harapan, pergi mampuslah dia dengan kedai kek yang nak bankrap tu.
Sebenarnya sebelum perniagaan bakery itu berkembang seperti hari ini, ia hanyalah kedai kek kecil yang hampir bankrap. Dia yang baru menjadi anak yatim untuk tempoh dua minggu alih-alih sudah diarahkan oleh ibu tirinya untuk menguruskan kedai kek yang terbiar milik keluarganya. Memang tragis untuk seorang anak yatim yang berusia 13 tahun.
Pelajarannya tidak pernah diabaikan walaupun sibuk menguruskan kedai kek yang terbiar itu. Buktinya, di genggamannya kini sudah ada segulung sijil master dalam Pengajian Perniagaan.
Keluarga?
Ada apa dengan keluarga. Hatinya sudah beku dengan apa-apa je yang melibatkan kasih sayang. Baginya money is love. Takde duit masuk takde makna dalam hidupnya. That’s me.
Pengalaman hidup menggerakkan pemikirannya sedemikian.
“Selamat datang, Tuan Muda Syed Qayyum Aqil.”
Pak Ali, pemandu daddy yang setia, semakin tua. Rambut yang memutih di kepala Pak Ali mengingatkannya bahawa masa yang beranjak ke hadapan sudah terlalu lama bergerak.
Segala-galanya sudah berubah. Malaysia sudah mencapai kemajuan sejak 10 tahun berlalu. Terlalu banyak perubahan sehingga dia sudah tidak ingat bagaimana rupanya The Old Malaysia.
Perjalanan ke banglo daddynya yang mengambil masa selama 1 jam itu terasa begitu lambat. Matanya merenung menembusi tingkap kereta yang seperti ditinta dengan dakwat hitam. Entah bila, matanya terkatup. Mungkin terlalu penat akibat perjalanan yang jauh. Akhirnya, dia terlena sehingga sampai ke destinasi yang dituju.
Sampai sahaja dia di rumah, ketibaannya disambut dengan senyuman Mak Minah seorang. Seperti biasa, kehadiran di banglo mewah 3 tingkat ini hanyalah dianggap sebagai anak buangan.
Banglo mewah ini terletak di pinggir kota, tenang dari kebingitan kota. Sudah menjadi lumrah bahawa kedatangan orang kota ke kawasan yang jauh dari kota untuk menghirup sedikit udara segar.
Daddy berasal dari Johor tapi mama dari Sarawak. Selepas mama meninggal dunia, daddy mengambil keputusan untuk bermastautin tetap di negeri kelahiran mama. Akhirnya, sebuah banglo terbina di pinggir Kuching ini, atau lebih tepat lagi di Lundu. Mungkin tidak ramain yang sedar akan sebuah pekan kecil ini.
Akil tidak tahu apakah tarikan yang membuatkan daddy memilih Lundu tetapi dia pasti ada sebab. Dia kenal daddynya sendiri.
Selebar mana pun senyuman Mak Minah, Akil tidak peduli. Lagipun dia bukanlah jenis yang friendly. Asal kehidupan peribadi dirinya tidak diganggu, dia tidak akan peduli dengan orang di sekitarnya.
Mak Minah? Dia tak kenal siapa dan tidak mahu kenal. Tiada manfaat untuk mengenali pembantu rumah itu.
Segera beg berwarna hitam yang dijinjitnya diambil alih oleh Mak Minah. Tanpa kata, bagaikan memahami, Mak Minah tidak berkata apa-apa, sebaliknya terus berjaan menuju ke biliknya.
Sebaik sahaja pintu bilik yang dibuak, bauan ros semerbak menjengah hidungnya. Wangi.
Ringkas. Biliknya begitu ringkas namun dia tidak kisah. Lagipun, dia tidak akan berada di Lundu ini dalam tempoh yang lama. Kedatangannya hanya sekadar melawat daddy yang sakit. Tiada apa yang penting untuk dia mempertimbangkan segala keputusannya untuk tinggal lama-lama di situ.
Bilik yang bercat warna hijau cair itu Cuma dihiasi dengan sebuah katil bersaiz king dan satu set sofa berwarna putih. Permaidani yang mempunyai motif bunga itu langsung tidak mampu menarik perhatiannya.
Itu sahaja. Ya itu sahaja. Setakat itu persiapan yang disediakan untuknya, untuk menyambut kepulangannya. Ternyata kebencian dari ibu tirinya masih lagi menyala.
Badannya dihempaskan ke atas tilam yang empuk itu. Matanya merenung siling dan keluhan terdengar dari kedua bibirnya.
Rindu. Dia begitu rindukan mama dan daddy yang di dalam gambaran mindanya yang dulu. Daddy yang begitu mengambil berat akan keluarga dan akan sentiasa senyum untuknya. Mama yang sangat penyayang dan sentiasa ada untuknya walau apa yang berlaku.
Dia rindu dengan daddy dan mama sebelum perkahwinan daddy yang baru dengan ibu tirinya 13 tahunyang dulu.
Akil melurut rambut hitamnya yang lebat. Terasa begitu berat beban yang ditanggung sejak 10 tahun yang lalu. Sudahlah hilang tempat bermanja, diri pula dicampakkan ke dalam lingkungan manusia di luar jangkauan pemikiran.
Malas memikirkan diri yang terlalu nampak terdesak, dia pantas bangun menuju ke bilik air. Walaupun kedatangannya tidak bersambut, dia perlu menunjukkan muka untuk menemui daddy yang sakit.
~BERSAMBUNG~

Wednesday, 15 February 2012

Meh, Main Puzzles Hidup. BAB 1

Kehidupan ibarat puzzles yang hilang dalam dimensi masa

BAB 1

Man. This sucks.

Kedua matanya sudah layu, ibarat kelopak bunga ros di kebun ibu. Kepalanya sudah tersenguk-senguk menahan kantuk yang sering menjengah. Kuapan yang tercipta entah untuk berapa kalinya.

Jam bulat berwarna putih berjenama apa entah itu dikerling seimbas. Pukul 10.00 pagi. Masa untuk ke kelas Tahun 5 Intelek. Buku teks sains itu dicapainya cepat-cepat. Tiada masa untuk berlengah, kelas Tahun 5 Intelek tu kalau dibiar lama-lama, entah apa yang akan terjadi. Silap haribulan jadi tongkang pecahlah alamatnya.

Tinggal 3 jam lagi sebelum waktu balik. Selepas tu, freedom. Way to my freedom. Good luck, Miss. Katil bersaiz queen di rumah sudah siap menanti dengan setia. Aish, inilah padahnya sebab suka sangat menghadap manga sampai pukul 3 pagi.

Langkahnya dipercepatkan. Dari jauh lagi gegendang telinganya sudah menangkap suara sumbang milik Haikal. Budak-budak zaman sekarang.

Baru setapak kakinya melangkah ke depan pintu, segala bunyi yang macam konsert sumbang tadi berhenti. Kesekian kalinya, bibirnya terus mengukir senyum. Dia tahu mengapa murid-murid di kelas Tahun 5 Intelek itu terdiam macam tikus yang nak kena rebus evil wicked witch.

“Selamat pagi, cikgu.”

Waduh, bersemangat betul anak muridku ini.

“Selamat pagi.”

Satu persatu wajah yang tulus mulus di depannya ini ditatap. Sekolah private ini dibina khas untuk mereka yang mampu. Atau lebih tepat lagi kaya raya, popular dan sebagainya. Yang penting di sini hanyalah duit dan kedudukan sahaja. Apa nak jadilah dengan dunia ni.

“Hari ini kita nak nyanyi lagu apa?”

Soalan yang diajukan itu mendapat sambutan hangat. Dan inilah sebabnya mereka berperangai baik walaupun untuk beberapa minit. Sudah menjadi kebiasaanya untuk menyanyikan dua buah lagu sebelum memulakan kelas.

Dia sudah membuat perjanjian dengan setiap kelas yang diajarnya. Jika, mereka berperangai baik dia akan memberi peluang untuk mereka bermain dengan alat muzik masing-masing sambil menyanyikan lagu. Yang tak pandai main apa-apa alat muzik dikumpulkan sebagai penyanyi suara latar.

Segala alat muzik memang dibawa sendiri, termasuk piano yang besar gedabak tu. Nun di tepi kelas, piano berwarna hitam yang berkilat lagi nampak elegan kepunyaan Mona itu gah tersadai. Sebut sahaja alat muzik yang wujud, murid-muridnya yang seramai 25 orang itu pasti mempunyainya.

“Cikgu, hari ni, Mona will decides lagu apa yang kita nak nyanyi ,”cepat-cepat suara ketua kelas, Len, memberitahu. Alahai, tahulah cikgu dia yang kat depan ni pelupa tahap ayam.

“Okay. Mona, hari ini kita nak nyanyi lagu apa?”

“Lagu ni lagu favourite saya, cikgu. Saya suka lagu sebab dia soft je. Tapi lagu ni lagu lama jadi saya tak tau kalau kawan-kawan boleh nyanyi ke tak.”

“Oh, itu tak jadi masalah, Mona. Kan class?”

“Ya, cikgu.”

Sebulat suara memecahkan pagi yang memang hening ni. Yelah kot tak ada cikgu yang pernah buat macam ni kecuali dia. Ya dia dan berapa kali warning dan sindiran di bilik guru dicampakkan ke dalam tong sampah. Sorry babe, sebarang bad mouths tidak akan layan.

“So, Mona. Sila-silalah dengan lagu kamu tu.”

“Okay, lagu ni Inuendo yang nyanyi. Tajuk dia Belaian Jiwa.”

Mona lihat satu persatu rakan sekelasnya, dia bimbang andai mereka tidak tahu lagu ini. Padahal selama ini dia ingin sekali berkongsi dengan mereka lagi kegemarannya yang satu ini.

“Owh, lagu tu. Korang tahu ke lagu tu?”

“Tahu.”

“Saya ada sediakan lirik.”

Segera kertas yang mengandungi lirik-lirik itu segera diedarkan terus oleh Mona.

“So, apa lagi? Lets start now, babes.”

Serentak dengan itu, lagu nyanyian Inuendo segera berkumandang memenuhi kelas.

Seindah tiada lagi kau kuingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayatku di dunia ini

Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Oh angin sampaikan laguku padanya
Yang sedih pilu
Terimalah laguku jadi teman hidupmu
Untuk selamanya

Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Bergemalah lagu nyanyian kumpulan memecahkan ketenangan sekolah yang ibarat kubur itu.

“Okay, sekarang kita akan mula belajar. Hari ini nak belajar pasal macam mana tumbuhan mengekalkan kemandirian spesies.”

Bla, bla, bla.

Akhirnya kelas pun habis. Fuh, lega. Tekak terasa perit. 1 jam dan 15 minit bercakap di depan bersama-sama mereka. Bercakap? Bolehlah dikelaskan sebagai bercakap, padahal mereka membuat eksperimen tadi. Dia mengarahkan mereka mengumpulkan pelbagai jenis tumbuhan yang ada kat kawasan sekolah dan jalankan kajian.laporan tentang pelajaran hari ini dia minta untuk hantar pada minggu hadapan.

Walau apa pun, dia ada mengajar tau. Buktinya, sebelum memulakan kajian dia telah memberikan penerangan yang ringkas tentang jenis-jenis tumbuhan beserta gambar-gambarnya. Ala, lepas kena tolak tambah darab dan bahagi segalanya hari ini, boleh kira mengajar dengan baiklah tu. Agaknya kot.

~BERSAMBUNG~


Saya tulis ikut suka hati saya..
Dan saya tak peduli apa yang kamu cakap tentang saya..