Thursday, 15 March 2012

KaLau Kamu Jadi MEreka...

Dalam Hidup ni macam-macam boleh jadi...



Satu hari kalau kamu jalan-jalan kat jalan

Tetiba kamu nampak dia naik motor

Siap dengan baju ketat kalah kebaya mak datin

Boleh peluk si dia yang tengah bawa motor lagi

Kalau kamu jadi saya apa yang kamu akan pikir

Negatif?

Positif?

Susah kan nak pikir positif sal orang kat sekeliling kita

Tapi ada sorang kawan saya cakap, selagi takde bukti try untuk berfikir positif tentang minah motor tu

Boleh ke kamu buat macam tu?????

Kenapa?

Kerana setiap apa yang berlaku tu ada hikmah (sebab)

Kita mungkin tak nampak

Tapi mungkin untuk beberapa tempoh masa nanti

Who knows?

Belajarlah untuk redha dengan ketentuan Allah swt

Cari makna di pasrahnya kita menghitung apa nasib yang bakal menimpa

Selagi boleh bersangka baik tu silalah teruskan perjuangan anda

Sebab bagi saya

Bersangka baik (ISLAM) @ berfikiran positif (OMPUTEH) ni sangat baik untuk diri anda\

Hati pun tenang

Hypertension pun menjauh

Otak pun boleh rehat dari pikir benda yang bukan-bukan

Anyway...selalulah bersangka baik
Jom kita hayati pesan dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan (dalam hatimu) :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jik
a bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. "

No comments:

Post a Comment