Wednesday, 23 January 2013

Dating with My Inche Islam



Perjalanan Mencari Tuhan itu Pasti Tapi Sejauh Mana Usaha Aku dan Engkau Selama Ini?

hidup tak panjang untuk menikmati dunia


Akhirnya
Aku berjaya date dengan Inche Islam selama 2 minggu
Tak lama tapi cukup bermakna
Sampai buat aku angau terus dengan Inche Islam
Serious weyh, aku tak tipu
Sampai sekarang aku terfikir
What if I love you more than Inche Islam
Then it will be hell for me
Sebab aku hanya nak Inche Islam je
Tak nak orang lain
Itu azam tahun 2013 untuk Nur Qurratul Ain

hati yang ingat sentiasa dengan Allah akan tenang


 Mula-mula sampai Kelantan
Rasa macam WOW
Lepas tu terus kena bawa g pondok
Nak mendaftar
Tapi kena tunggu lagi cause ustaz yang recommend pondok ni nak jumpa sekejap
Nak bagi taklimat kot
Maklumlah budak baru belajar macam aku ni kannnnnn
Yang tak best bila ustaz dah masuk bab pakai jubah
Oh,NO!!!!
Nak pakai benda alah tu???
Maybe 5 years later kot
Ahahaha
Anyway,alhamdullilah semuanya berjalan lancar

ini style aku, caya tak?


Sepanjang dua minggu date dengan Inche Islam
Aku dapat banyak kawan yang lebih muda dari aku
Mana taknya kalau aku sorang je yang 21
Yang lain pula sume budak sekolah
Tak rasa haru ke tu bila semua panggil ko Kak Ain
Tapi best gak sebab dorang memang menghormati aku
Berani la tak hormat kalau nak rasa flying kick terhormat aku
J

Dua tempat je aku sempat jalan
Istana Kubang Kerian
Wakaf Che Yeh
T__T
Sedeh sebab tak dapat jalan kat Kelantan lama-lama

After all,banyak yang aku dapat pelajari dari setiap pengalaman
Bukan senang tau nak dapat pengalaman hampir panjat gril pondok sebab escape kelas
Tu keje tak senonoh aku
Oleh itu, saya ingin memohon maaf kepada semua mereka yang terlibat
Sori because of my selfishness
Bukannya apa, dah aku nak buat juga keluar malam tu
Apa boleh buat kan?
Sori
Hurm,apa lagi keje tak senonoh aku ea?
Rasanya takde kot
Tapi yang paling best kat sana tiap-tiap petang ada pacik jual ais krim
Dan aku memang hantu ais krim
Tiap hari aku beli sampai pacik tu siap hafal lagi muka aku
Sanggup dia dulukan aku dari orang lain
Kononnya aku ni dah tunggu lama padahal aku baru je berdiri tak sampai 5 minit
Wa sayang sama lu,pacik
Ahahaha

mencintai Allah bukan perkara yang mudah kerana dunia tapi  mencuba untuk mencintai lebih baik dari do nothing 


OMG
Aku lupa amik sijil sekolah pondok aku
Takpe,next time aku pergi lagi
Rindulah dengan suasana kat sana
Terutamanya dengan geng yang sama giler
Ahahaha
Dan aku harap kisah cinta aku dengan Inche Islam tak berakhir setakat ni sahaja
Semoga terus berkekalan sampai maut say, “Hi”
J

Dia PilihanKU


Saya Berhak Untuk Memilih dan Awak Berhak Untuk Menolak

saya cari macam awak tapi belum jumpa lagi


“Pastikan bakal suami korang nanti banyak duit”
Itu yang aku selalu cakap time aku mengaji kat pondok hari tu
Then,bebudak ni cakap, “Kak Ain ni mata duitan la. Kan bagus kalau cari lelaki yang  beragama.”
Aku mata duitan
Itu aku akui
Ahaha
Habis tu takkan nak makan kayu ngan batu?
Tak perlu da title Datuk
Tak perlu yang hanya kerja engineer, doktor atau arkitek
Cukup dia BANYAK duit untuk memastikan keperluan untuk hidup dengan selesa
Betul tak?
Aku tak minta banyak
Kalau dia menyediakan cukup dengan sederhana
Insya Allah, dia pilihanku
               
saya sentiasa berharap untuk redha dengan kelebihan dan kekurangan awak
                      

Aku suka tengok lelaki hensem
Memang fitrah manusia suka tengok yang indah
Sebab tu aku suka cuci mata dengan lelaki hensem
Then dorang cakap, “Kak Ain ni pemilih la. Asyik nak cari yang hensem je. Apa guna hensem kalau ilmu agama tak cukup?”
Ingat nak cari suami ni macam nak beli ikan kat pasar basah ke?
Aku pun ada perasaan tau walaupun ramai yang cakap aku emotionless
Ahaha
Tak perlu hensem macam Park Si Hoo
Cewahhh
Tu pelakon Korea,feveret aku tau
Cukup bila aku pandang dia, jantung terus berdondang sayang
Sejuk je mata memandang
Dan yang paling penting dia je yang paling hensem kat mata aku
Insya Allah, dia pilihanku

saya pun nak family yang bahagia sampai ke jannah


“Dia ni tak sesuai dengan awak la.”
“Kenapa?”
“Sebab awak ni muallaf, perlukan bimbingan yang lebih.”
Well,aku tak kata aku ni tinggi ilmu agama
Al Quran pun baru start baca
Tajwid pun macam El Nino
Hukum agama pun baru tahu sikit-sikit
Tapi tak bermakna aku nak cari ustaz
Tapi aku perlu juga cari someone who will led me to jannah
Someone yang mampu terima aku dan my family
Cukup kalau dia rasa mampu jadi imam untuk aku
Insya Allah, dia pilihanku

So what kalau aku suka dengan guys yang romantik
Tapi tak payah la sampai ayat dia boleh buat tahi telinga aku ni cair kan?
Sebab aku pun tak alah sikit dengan ayat jiwang
Cuma boleh tak kalau dia memahami aku lebih dari aku sendiri
Cukup dengan senyuman dia pun aku dah rasa dia romantik
Dia cakap pun sentiasa dengan tone yang sedap didengar dek telinga aku ni
Harap dia sensitif dengan aku sebab I am a ticker bomb
Tak caya ea?
Let's see my dear hubby
Hopes that you can handle me very very very well in the future


Ahaha
Next 5 years aku baca benda ni mesti aku akan tergelak sakan macam orang gila..
J

saya nak awak buat macam ni, bole???ahaha