~kehidupan tanpa Tuhan buat kita hilang arah kerana setiap manusia punya rasa ingin tahu: kenapa aku hidup sebagai manusia?~
Saya Dan Mereka...
 |
| Hidup = Siang diganti dengan Malam |
“Mira Erika!”
Lorh, kan sudah lapan oktaf suara mama yang tersayang yang memanggil. Mira cepat-cepat capai tudung warna coklat
yang sudap siap diseterika di atas katil. Stokin berwarna hitam cepat-cepat
disarungkan. Sekilas, sebelum keluar dia berdiri di depan cermin yang lebih
kurang dua meter itu. Perfect, hijab tertutup.
“Yes, mama. Kejap lagi Mira turun.”
Tangga dituruni dengan berhati-hati. Walaupun ingin cepat, keselamatan
tetap diutamakan. Biar lambat asal selamat. Namun, getaran pada N91,
menghentikan langkahnya.
Mira pandang lama skrin telefon. Keluhan demi keluhan tidak dapat membantu
menyelesaikan masalahnya yang satu ini. Sampai bila lelaki ini akan faham? Sampai
bila dia harus berpura-pura?
Malas mahu berfikir dengan lebih lanjut, Mira buat tidak tahu dengan mesej
itu. Kakinya terus diatur menuju ke ruang tamu. Yang pasti mama telah menunggu.
“Mira, kenapa tudung besar sangat ni?”
Teguran mama buat Mira tersentak. Salahkah dia berpakaian sebegini rupa?
“Hurm, mama. Mira rasa selesa dengan pakaian yang Mira macam ni.”
Senyum Mira. Control intonasi suara.
Hati sudah bergetar hebat. Diikutkan hati, ringan sahaja mulutnya untuk
membidas. Tapi sejauh mana mama akan faham?
“Apa boleh buat, sayang. Nampaknya rumah kita ni ada bakal ustazah
jawabnya. Ustazah Mira.”
Ah, ayah juga sama seperti mama. Kenapa prejudis dengan tudung?
Pun begitu,Mira tetap senyum. Namun,gelodak di hatinya begitu keruh.
“Ayah, mama, sekejap lagi kawan-kawan Mira datang ambil. Kami bercadang nak
mandi air terjun. Tapi mungkin balik lambat sikit sebab terus buat BBQ sekali.”
Kebenaran tetap perlu diminta walaupun sudah besar. Silap hari bulan nanti
ada yang masuk surat khabar dengan timeline: Anak Saya Hilang. Sesiapa yang
Menjumpai Sila Kembalikan Pada Alamat dotdotodot. Tak pun, kecoh satu rumah ni
nanti mencari dirinya.
“Boleh. Hati-hati time mandi tu, manalah tahu air deras.”
Mira tayang gigi. Ibu jari diangkat tanda, “Okay, ayah. Mira faham dengan
segala arahan anda. Keselamatan itu penting.”
Hon yang berbunyi di luar rumah
menyebabkan Mira melangkah ke beranda. Kawan-kawannya sudah datang. Segera, dia
masuk ke dalam kereta dan perjalanan ke air terjun pun bermula.
Di dalam kereta, jadi hangat macam
kubikel kat Hot Fm. Maklumlah masing-masing dah lama tak jumpa selepas habis
SPM. Segala cerita yang berlaku semua nak dicerita.
Tapi yang paling hangat di sini, semuanya tengah merenung tepat-tepat ke
wajah Mira. Mira tidak tahu mahu buat apa. Dia hanya tergelak kecil. Semuanya sebab
satu soalan dari Nadia and now four pair of eyes is looking thoroughly.
Soalannya berbunyi : “Mira, kenapa kau pergi convert ke Islam?”
Terbatuk Mira apabila mendengar soalan itu pada mulanya, tapi disebabkan
renungan bak mak tiri di depannya kini lagi buat dia gugup.
“Korang rasa sebab apa?”
Soalan dijawab dengan soalan.
“Kau ada pakwe orang Melayu ke?”
Spontan, dahi ditepuk perlahan. Lagi-lagi,
Mira hanya mampu ketawa kecil mendengar tekaan dari Della.
“Serius lah sikit, Mira. Kau ni, ribut tak ada, tsunami tak ada. Tetiba je
aku nampak kat facebook kau dah pakai tudung. Apa kes ni?”
“Okay, kawan-kawan I yang terchenta. Aku memang takde pakwe orang Melayu
dan sebab aku pilih Islam adalah sebab Tuhannya sendiri dan ajaran yang dibawa
dalam Islam. Puas hati?”
“Nasib kami tanya kat kau sendiri. Kalau kat orang lain, dah berapa gigabytes
segala info palsu pasal kenapa kau pergi convert Islam masuk dalam telinga aku
ni.”
“Teresa yang terchenta, jangan risaulah. Takde yang paksa aku convert pergi
Islam. Semuanya sebab aku yang nak sendiri. I found peace there bila aku beribadah
kepada Allah swt.”
Nah, kan sudah masuk agama pula ni. Sedar tak sedar, kamu sudah sampai di
kawasan air terjun. Segala juadah dan minuman yang disediakan segera
dikeluarkan dari bonet kereta.
Kawan-kawan yang lain sudah berlari menuju ke air. Mira geleng-geleng
kepala. Kalah budak kalau dah masuk bab pikinik dengan dorang ni. Tanpa mahu
membuang masa, dia angkat segala apa sahaja yang di dalam bonet.
Di saat dia berpusing, sekujur tubuh yang tidak diingini berada di depan
mata.
“Hai.”
Diam. Malas mahu melayan, dia melangkah ke pondok yang disediakan.
“Biar saya bawa. Berat ni.”
Lelaki ni memang tak faham body language ke? Tak nampak ke muka yang kalah
mak harimau di depan ni.
“Tak payah. Saya masih larat lagi.”
Bakul rotan itu ditarik kembali. Tanpa kata, dia melangkah ke pondok. Sebaik
sahaja meletakkan bakul rotan itu, Mira segera berjalan ke tepi air terjun.
“Della, bapak gorila mana yang kau bawa ni?”
Mira rasa satu kawasan air terjun tu dapat dengar suaranya. Dia tidak mahu
peduli dengan apa yang lelaki itu fikir mengenai teriakan dia tadi.
Mendengarkan suaranya tadi, Della segera rapat ke arahnya yang hanya
berdiri di tepi.
“Della, bapak gorila mana yang kau bawa ni?”
Soalan diulang namun kini dengan nada yang hanya boleh didengari Della dan
dia sahaja.
“Francis tu kan sepupu aku. Dah dia cakap nak ikut takkan aku tak suruh
pula. Lagipun ni tempat awam, siapa-siapa sahaja boleh datang.”
“Kenapa tak cakap awal-awal?”
“Rileklah Mira. Dia tu bukan makan manusia, tetap nasi juga yang dia makan.”
Sekarang tinggal dia seorang sahaja bersama dengan tetamu yang tak
disenangi itu. Malas mahu melayan, novel Karen Ross yang bertajuk I’m Watching
You itu dibuka dan dibaca tanpa mempedulikan kawasan sekeliling.
Seminit sahaja mampu membuat Mira tidak sedar apa-apa dan dia lupa bahawa
kehadiran lelaki itu. Namun, suara yang garau dan memang tidak asing pada satu
ketika itu membuat dia mendongak.
“Mira, kenapa macam nak elak dari saya?”
“Saya rasa tak ada apa lagi yang perlu dibincangkan. Keputusan saya tetap
muktamad. Antara kita tak ada apa-apa lagi.”
“Tapi saya masih sayang awak.”
“Franz, sekadar sayang tu tak cukup. Sekadar ada niat untuk kahwin tu tak
cukup. Awak dengan saya dua orang yang berbeza agama. Saya Islam dan awak
Kristian. Tak mungkin kita boleh kahwin, kecuali awak convert pergi Islam.”
Bila lelaki ini akan faham dengan situasi mereka. Cerita dua tahun dulu
biar berkubur setakat itu sahaja. Malah, Mira sendiri sudah mampu menjalani
kehidupan tanpa bayang-bayang lelaki itu. Cinta sesama manusia itu memang salah
satu faktor tapi kini bagi Mira cinta kepada Allah swt dan Nabi Muhammad saw
itu lebih tinggi daripada segala cinta.
Lelaki itu hanya diam. Sekali lagi,Mira lemas dalam situasi begini dan
bingkas bangun meninggalkan lelaki itu.
Manusia, berapa ramai yang memahami kita? Kalau kita berharap manusia,
tidak mustahil satu hari nanti kita kecewa.
Mira pernah lalui semua itu di awal permulaan dia memilih Islam sebagai
pegangannya. Dia tidak betah untuk menerangkan kenapa dia perlu mengenakan
tudung padahal ramai muslimah tidak mengenakan tudung. Dalam hati kecil Mira
hanya mampu menjawab, cukuplah mereka sebagai pembawa fitnah dalam agama dan
dia bertudung kerana itu apa yang disyariatkan. Sekali mengucap kalimah
syahadah maknanya, dia sudah sanggup taat pada Allah swt dan ajaran yang dibawa
oleh nabi terakhir, Muhammad saw.
Mira juga pernah untuk katakan TIDAK pada sebuah perhubungan selain dari perkahwinan.
Ramai kawan yang tidak setuju dengan pendapatnya terutama yang bukan muslim dan termasuk yang msulim juga. Kata mereka, bayangkan kehidupan dengan seorang yang kita tidak kenal hati budinya. Betapa di hati inigin
dinyatakan bahawa Mira lebih takut murka Allah swt dari bersenang lenang dengan
pujukan syaitan untuk terlibat dengan kancah perhubungan tanpa ijab kabul.
Selagi badan masih lagi mampu berjalan di bumi milik Allah ini, diri tidak
mampu menebak apa yang bakal berlaku.Cuma dia minta supaya Sang Rabbi pinjamkan
kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan takwa dan iman. Malah, dia berharap
keluarganya nanti diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah swt. Insya Allah.