Citer 4 MaCam2 KeReNaH
Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)
Perasaaan marah itu susah dikawal. Kadang-kadang boleh terkeluar perkataan yang tak patut-patut. Aku pun susah juga nak kawal perasaan marah ni kadang-kadang rasa macam nak baling je orang tu kat laut, biar lemas. (Kejam kan?) Tapi setiap kali tu lah aku mengingatkan diri untuk beristighar, banyak-banyak dan secara terus sampai marah aku tu reda. Bukannya apa, kalau tangan aku naik kat orang tu, bukan naya ke nanti. Maklumlah aku ni kadang-kadang boleh terlebih force bila menghentam orang.:)
For example kata orang putih, pagi tadi aku usik la kawan aku ni. Tiba-tiba entah dari mana sekor alien yang memang sah-sah aku tak kenal ni mendarat dengan selamatnya atas port aku. Boleh siap dengan bahasa-bahasa alien yang langsung aku tak pahami. Aku memang habuk tak faham tapi adalah sket dia punya tatabahasa tu buat aku hangin satu badan. Dipanjangkan cerita aku yang pendek tu, beginilah kisahnya....
Aku : Apa kes ni? Tetiba marah kat aku ni, bukannya aku ada kacau ko pun.
Alien : ~!@#$%^&*()_+( Bahasa Alien yang tidak DIFAHAMI)
Aku : Engkau kenapa ni?
Alien : )(*&^%$# (Maaf la aku tak reti nak translate..he3)
Aku : Aku tak kacau ko pown. So, please la tolong jangan sibuk pasal aku.
Sape yang tak angin kalau bahasa yang alien tu guna bahasa kasar. Aku pun boleh naik hantu tau. Tak pasal-pasal kumpul dosa sebab marah ngan dia. Isk3. Aku sangat tak kisah sebelum ni sebab dia selalu buat macam tu kat aku. Sebagai jalan keluar, aku jarangkan komunikasi secara berkesan aku dengan dia L.. Semua tu untuk mengelakkan dosa aku terkumpul banyak sebab selalu marah-marah dengan dia. Tapi ayat dia pagi tadi, fuh, power gler sampai berasap telinga aku.
Sebenarnya tujuan I tulis-tulis sebab nak minta maaf kat dia and nak jadikan benda sebagai refleksi. Alamak, macam buat coursework pulak, siap dengan refleksi untuk minta maaf ngan dia. Gomenasai ye MR Alien.
Memang diri susah untuk mengawal kemarahan. Ni baru sedikit dah naik angin. Bayangkan kalau kita kena provok atas sebab-sebab yang mungkin tak masuk akal, nonsense omputih kata. Mungkin senang sahaja mulut kita ni keluar perkataan yang entah apa-apa. Silap-silap boleh merumitkan keadaan.
Try to be in my shoes? Selalu je orang fikir macam tu. Of course la memang kadang-kadang mulut lagi senang nak cakap dari empunya badan diri yang sedang marah. Tapi sila ye mengingatkan dirianda, SABAR itu separuh dari IMAN.
Kadang-kadang ramai yang beranggapan marah tu dah jadi tabiat mereka. Sikit-sikit orang lain tegur dah nak melenting. Sikit-sikit orang buat silap mulut laser buat telinga berdesup. Susah nak control tapi InsyaAllah kalau istiqamah nanti boleh tu. Aku dulu pun pemarah, sangat pemarah sampai ramai yang berfikiran negatif pasal aku. Tapi at least bila aku fikir, “Sape yang suka kena marah? Mesti kesiankan?” Jadi aku pun try to control aku punya kemarahan ni and alhamdullilah setelah bertahun-tahun mencuba, ok je aku sekarang.
Marah tu bahaya. Marah tu boleh mengundang pelbagai kemungkinan yang korang dan aku tak suka. Aku tak tau korang tapi aku sangat tak suka bila orang buat hal yang aku tak buat kat orang tu. Biasanya aku tied my tongue sampai tak boleh tahan baru aku tegur. Tu biasanya aku tapi kalau dah melampau sangat mungkin aku boleh mengamuk. Memang ramai yang tak kisah dengan perasaan orang lain tapi kalau semua buat macam tu memang haru lah dunia ni. Biarkan je orang yang memang tak kisah dengan perasaan orang lain tu. Mulut suka suki dia je nak tegur (teguran tak berhemah). Apa pun, sentiasa tenang je dengan mereka yang macam tu.
Dia marah dengan kita, dia lah yang sakit hati. Kalau mulut dia suka suki nak menegur tak berhemah biar je, tak rugikan kita pun. Yang tension dia bukan kita. XD
Tapi sentiasalah istighar banyak-banyak dan ambil wuduk kalau marah. Dekatkan diri dengan Allah swt. Anggap orang yang marah dengan kita tu sebagai dugaan. Anyway, assalamualaikum....