Wednesday, 20 April 2011

MaSALAh HaTi vs mESeJ Miang ReBUng

Citer 3 Ain
Biar nafsu sunyi tanpa godaan,
Biar kaki sunyi tanpa berjalan,
Tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu,
Dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah swt
Sayang dan kasih pada sahabatnya tak semestinya diluah dengan tutur kata, moleknya ia disemai dengan ukhuwah, dierat dengan dakwah dan diringi dengan doa,
Moga redha Allah sentiasa bersamamu
Moga bertambah matang dalam menghadapi resam duniawi
Senyum sentiasa seperti Rasullulah.

Titip pesanan ni dihantar pada aku time aku tidur. Jadi time baca mamai-mamai tu, aku macam blur masa baca. Tapi masa bangun Solat Subuh baru aku perasan yang ada Unknown number text aku. Lama juga aku fikir alien mana lah yang pergi text aku ni. Lagipun aku ni jenis yang tak suka number aku ada kat sebarang orang. Rasa tak selesa sebenarnya. Tapi dalam kes Mr Unknown guy ni, dia boleh dimaafkan sebab message yang dia bagi tu buat aku fikir lebih jauh dalam melakukan amal ibadat, insyaAllah. J
Adoi, walaupun dalam otak aku asyik nak ignore je dia punyer mesej tu tapi hati ni asyik je tertanya-tanya sape dia ni. Yang paling bagus lagi, aku fikir , “Ni mesej main forward ke?” Hehe. Jangan marah ye. Dengan bantuan detective yang tak bertauliah, aku berjaya mengesan siapakah Unknown tu. Lepas tu aku amik keputusan yang aku akan buat biasa-biasa je walaupun aku tau sape dia. Biarlah yang penting perkara ni tak menimbulkan ketakselesaan dia kat aku.
Pengajaran yang anda dapati dari citer ini ialah, jangan lah sibuk-sibuk dengan unknown number yang tiba-tiba mesej anda dan mesej tu berbunyi, “Hi, boleh berkenalan” Atau yang paling haru lagi boleh request RM1, permintaan yang langsung tak gentleman. Polar bear kat North Pole tu lagi pandai ngorat dari dia. XD
            Actually apa yang  aku nak kongsikan kat sini ialah, bagi aku lah, mesej-mesej ni yang jiwang karat plus dengan ayat bunga-bunga 2 buang masa. Memang diakui dulu pun aku ni kaki mesej, suka bergayut sampai tengah malam lagi. Nasib baik monyet tak ikut aku sekali bergayut. XD. Dan sesungguhnya, bermesyuarat tingkap dengan ‘mereka’ berjam-jam, langsung tak mendatangkan hasil. Baik aku buat perkara yang berfaedah macam makan ais krim ke, main games kat laptop ke atau yang paling afdal sekali baca Al Quran. Lepas beberapa lama aku jadi boring jadi kaki fon. Sekarang, InsyaAllah dunia aku dah bebas dari masalah fon sedunia. Alhamdulilah.
            Kaitannya Mr Unknown tu, ilek la kalau ada number yang sesat. Seperti kata pepatah orang Melayu dulu-dulu, malu bertanya sesat jalan. Number tu malu bertanya sebab tu dia sesat jalan. Ni untuk kes yang text merapu sebab empunya fon number tu asal dari spesies ikan kerapu. PLEASE BE ALERT REGARDING THIS MATTER. Jangan layan kalau dapat mesej yang rubbish bab mesej tu membahayakan keselamatan anda dari pelbagai sudut. Tak caya tanya ngan polar bear dari North Pole. J
            Melalui pengalaman aku juga, ramai yang TERJUMPA soulmate dari nombor sesat ni. Ye ke? Maybe, sebab Allah je lebih mengetahui. Yang tak bestnya, ramai yang tertipu dengan nombor sesat ni. Ini pun aku belajar dari pengalaman sendiri. Bukan setakat fon number sesat, dalam Facebook pun boleh jadi kes yang sama. Contoh yang paling sahih dan benar, ada sorang budak Form 2 ajak aku couple. Lucukan, padahal umur aku dah nak 20 tahun this year. Apa punya mata la tengok aku ni sama umur dengan dia. Kurang asam boi betul, rasa macam nak baling dari tingkat empat je mamat sekor tu.
            So, please la ye. Jangan rasa terganggu dengan nombor penuh unsur-unsur miang rebung. Nanti satu badan gatal sape yang nak tolong garu, diri sendiri juga. Padan muka yang suka layan nombor sesat. Memang best, memang asyik tapi kalau boleh mencemarkan hati takkan nak layan juga. Okai, selamat berjaya mengelakkan diri dari nombor sesat ni. Assalamualaikum.......

Saturday, 16 April 2011

PerKembanGan KeDai KeK AiN

Citer 2
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dikembalikan.”
Alhamdullilah, setiap kali aku buka mata setelah dari tidur lena, aku dapati nyawa ini masih lagi tersarung pada jasad. Jantung masih lagi berdegup normal. Mata masih lagi boleh melihat, telinga masih lagi mendengar, mulut masih mampu mengucapkan alhamdullilah dan saraf-saraf ini masih lagi boleh menerima impulses.
Perkara pertama untuk aku pelajari dalam Islam ialah, Al Fatihah selepas mengucap kalimah syahadah. Aku suka Al Fatihah, sangat suka. Lama juga kot aku hafal Al Fatihah tapi alhamdullilah aku dapat lakukannya. Walaupun aku rasa sentiasa lambat untuk menghafal dengan OS yang lambat loading ni tapi Insya Allah semuanya boleh jika dilakukan dengan penuh istiqamah. XD
Kemudian, sedikit demi sedikit aku mula mempelajari tentang solat. Solat buat aku tenang, aku cuba untuk merendahkan hati ini, serendah-rendahnya sebagai hamba Allah yang hina. Hamba yang banyak membuat dosa tidak kira masa dan tempat. Bayangkan selama ini hidup aku ibarat macam tiada pegangan, kalau tak silap aku dalam 7 tahun macam tu. Selepas menemui kebahagian yang hakiki di jalan Allah, aku mula mendidik hati ini yang telah lama keras menjadi kerikil. Agaknya kerikil-kerikil kat tepi jalan tu pown lagi boleh menjadi serpihan halus berbanding hati aku ni. Banyak lagi yang perlu aku didik.
Masih lagi aku ingat beberapa minit sebelum aku menjadi Nur Qurratul Ain, aku membuat satu request kepada "mereka", “Tolong jaga saya.” Malam tu, ramai yang datang ke bilik hamba Allah (Yaya & Ckyn) , membawa kesyukuran yang tak terhingga. Ada yang memberikan helaian tudung untuk menutup aurat. Tudung ini membuat aku selamat kerana tiada lagi yang mampu mengeksploitasi aku melalui mata mereka yang nakal. Sayang kepada mereka yang tidak mengenakan tudung ataupun menganggap tudung sebagai hiasan kepala semata. Allah itu Maha Mengetahui, tiada hukum bagi perempuan untuk wajib menutup aurat kalau semuanya itu tidak akan menjamin kepentingan untuk kita semua. Jadi kepada mereka yang suka mengenakan tudung ikut fesyen dalam butik muslimah ala-ala zaman moden tu, sila la yerr tanya apa tujuan anda memakai tudung? Sebab mengejar keredhaan Allah dan mengelakkan azab neraka nanti ke? Ataupun atas kewajipan semata-mata dan buat korang semua rasa ikut fesyen tu tak jadi masalah sebab yang penting rambut dah ditutup? Lu pikir lah sendiri.
Hari yang berlalu, membuatkan aku terasa sudah lama menjadi seorang muslimat padahal baru beberapa minggu. Kesyukuran yang terhingga kerana aku diberikan hidayah olehNya. Dugaan yang Allah swt bagi tu berguna tau, ada hikmahnya. Macam yang kawan aku cakap, “Dugaan tu Allah bagi untuk menguji keimanan kita. Semakin berat dugaannya, semakin iman kita akan bertambah jika kita berjaya melepas dugaan tersebut. Insya Allah.” Malah, Allah pun tidak akan membebankan kita dengan dugaan yang kita tak mampu. Selepas aku menjadi Nur Qurratul Ain banyak juga dugaan tapi Alhamdullilah rasanya sekarang ni aku masih lagi mampu tersenyum. Reaksi famili yang mamang aku duga, reaksi kawan yang aku tak pernah duga, fitnah orang yang mengatakan aku dipaksa untuk convert, semuanya buat emosi aku bercampur macam rojak buah. Huru hara kedai kek aku,means hidup ini macam kek, macam-macam perisa sekarang yang my taste bud boleh rasa.
Tapi bagi, kalau aku di jalan yang betul susah rasanya aku nak patah balik. Sekali I buat keputusan, no turning back sebab dalam prinsip hidup I U turn tu tak wujud. Yang penting untuk aku ialah masa depan, tapi masa belakang pun penting juga. Kalau aku biasanya aku jadikan masa belakang aku sebagai motivasi, masa depan sebagai panduan. Hidup aku sekarang hanyalah untuk mencari keredhaan Allah swt. Aku kadang-kadang jadi cemburu kepada mereka yang lahir sebagai Islam kerana amal ibadat mereka yang telah terkumpul sejak sekian lama pasti banyak dari aku. Sedihnyerrrr... Tapi walaupun aku tertinggal komuter tak semestinya tak ada lagi peluang aku untuk naik komuter. Yang penting aku tunggu dengan sabar dan istiqamah. Kan3.
Ya Allah, aku rindu pada panggilan mati, mati di jalan Mu. Ya Allah aku tertunggu untuk sentiasa mendapat keredhaanMu. Ya Allah, aku jadi tertanya bilakah aku akan mendapat kekhusyukan untuk beribadat kepada Mu sepenuhnya, aku jadi cemburu kepada mereka, golongan ahli syurga yang begitu khsuyuk menghadapMu. Aku jadi takut dengan akhirat yang mungkin di mana neraka jahanam itu jadi rumahku. Ya Allah jauhkanlah aku dari azab kubur dan neraka. Luruskan jalan yang bengkok setiap kali aku tersasar dari jalanMu. Semuanya dengan keizinanMu semata. Di hati ini aku sematkan bahawa biarlah ibadatku ini ikhlas dan istiqamah sehingga nyawa ini dicabut oleh Izra’il pada masanya suatu hari nanti. Pesan Cikgu Ain, sila luaskan kubur anda dan pastikan anda dapat tiket flight ke Syurga nanti. Insya Allah bagi mereka yang kaya dengan amal ibadah. Bagi mereka yang belum lagi bersedia, ingatlah taubat anda itu akan diterima  sehinggalah matahari terbit barat nanti. Sampai sini je yerrr, assalamualaikum....

KeDAi KeK PerTama AIN

 Citer 1
Hari yang bersejarah mungkin bagi aku dan tidak bagi kamu semua. XD. Hari itu aku lahir semula ke dunia, hehe. Kenapa? Sebab aku bukannya mati pastu hidup semula. Ni tak payah pakai torchlight pown orang dah dapat tengok. Spotlight pown tak payah beli, membazir duit je. Nak tau apa kes? Ala, aku convert. Dari seorang Kristian kepada seorang Muslim.
Kenapa aku convert? Sebab lelaki ke? Ramai yang pikir macam tu tapi sebenarnya mana ada. Aku punyalah mengalami konflik dalaman selama ini tapi tak ramai yang tahu. Saya sedih, huhu. Bukan apa, ramai yang cakap muka aku ni ALWAYS BLUR. Apa boleh buat kan? Dah nasib badan macam tu. Agaknya apa yang berlaku pada hari aku convert tu?
Hurm, hari yang indah. Awan berarak putih, maknanya tak hujan la tu. Angin pun sepoi-sepoi bahasa maknanya takde rebut taufan time tu. Maknanya semua tenang dan normal seperti hari yang biasa-biasa. Tapi malangnya ada sorang kawan aku yang ni asyik tanya : Dah jumpa ustaz ke? So, korang rasa apa yang aku jawab, “Nantilah. Aku belum lagi bagitau mak aku.” Alasan kan? Syaitan memang suka buat aku ragu-ragu. Silalah berjihad dengan syaitan yer but DON’T COPY ME AT HOME.
Dipendekkan citer yang sememangnya pendek, aku pun dibawa berjumpa dengan seorang ustaz ni oleh kawan aku yang tak makan saman ni. Kalau korang jumpa kawan macam ni,sekeh je kepala dia. (Gurau jerrr). Actually, sebelum tu aku ngan kawan aku yang sorang ni ada jumpa ngan ustaz beberapa kali kat library. Maka, di situ bermulanya aktiviti sesi soal jawab antara I and dorang. Macam kena soal siasat pulak kan? Tak lah sampai macam tu. Cuma ustaz ni selalu beri aku satu situasi di mana aku perlu buat refleksi sendiri. Dari situ aku punya nekad makin kuat. Kalau  kena cabut nampak sekali akar-akar yang bercambah kat dlam hati aku ni. Akar yang sentiasa mencari satu alasan, kenapa aku perlu hidup di dunia ni?
Memang Kristian tu baik tapi hati ini lebih tertarik kepada Islam. Mengapa? Aku nampak nur kehidupan yang jelas di situ. Tak payah aku nak main teka teki dan sememangnya aku tak reti nak jawab teka-teki yang buat otak aku jadi makin kusut. Neuron pown makin berkurangan. Secara jujurnya, aku jatuh cinta dengan Islam. Teringat kata-kata seorang kawan, kalau nak tengok keindahan agama lihat lah pada agamanya sendiri. Kalau lihat kat penganut dia, susah I nak cakap. Besarkan mata, lu tengok sendiri. Pandai-pandailah pikir, jangan melencong kat tempat lain sudah dengan imaginasi korang yang bukan-bukan tu.
Citer aku tak putus setakat tu tau. Sejam sebelum solat Maghrib, aku telefon mak aku, my best100xfriend, dan beberapa lagi yang aku tak ingat. (Sori yer, sebarang kelupaan amatlah dikesali..XD). Sampai menangis-nangis aku call dorang time tu. Yelah, takut kena pulau family, resah dengan pandangan orang kat sekeliling aku, risau dengan penerimaan orang kat mana-mana. Semuanya macam adunan tepung, baking powder, perisa vanila dan yang sewaktu dengannya dalam mangkuk yang aku selalu tengok chef-chef guna untuk buat kek. Haru biru hidup aku yang selama ni tenang dan blur.
Family aku okay, semua okay. Line clear time tu untuk aku convert dari Kristian ke Islam. Tanpa paksaan yer, malah aku sendiri yang buat keputusan. So, nobody should blame others party. Ni hidup aku, yang lain-lain nak selak my tepi kain tu kenapa? Kalau nak jaga kebajikan aku takpe la. Ni asyik nak cari keburukan, kekurangan yang ada. Benda ni kan baik untuk aku. Dari aku Kristian tapi hidup tak mengamalkan amalan-amalan yang dituntut macam mana. Tak ke naya tu?
Lepas maghrib aku dengan dua orang budak kicik berjalan ke destinasi yang dituju. Budak kicik yang berumur 20 tahun. Ada ke? Lu pikirlah sendiri. (Kepada yang terlibat hal ini tidak berkaitan dengan yang masih hidup ataupun meninggal dunia. Pernyataaan ini adalah fiksyen gurauan semata..^____^)
Pengalaman aku mengucapkan kalimah agung tu, sampai sekarang boleh buat aku tersenyum. Almaklum dengan neuron yang makin berkurangan tu OS aku lambat loading sket untuk berfungsi. Tapi, ahamdullilah 14.02.2011 bersamaan Valentine Day yang aku tak pernah sambut tu dan bersamaan dengan hari my beloved1000x Prophet lahir esoknya, new person born named Nur Qurratul Ain.
Aku simple dan easy going. Tapi tak semestinya korang boleh baca apa yang aku rasa, pikir dan akan buat. Kawan aku pernah cakap, “Kau ni macam bom hidup. Nampak senang tapi sebenarnya complicated. ” So, pleaseeee la don’t judge my personality from my blurry face..btw, assalamualaikum everyone. Y ::PEACE::