Friday, 14 October 2011

DEBU di PALESTIN


Surah Taha  ayat 96: Sungguhorang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka)

Subhanallah.

Berulang dia memuji Allah swt di dalam hatinya. Betapa tenangnya hati ini mengucapkan pujian kepada Maha Suci itu.

Bulan penuh malam ini. Indah sungguh. Subhanallah.

Terasa ingin dia menggapai bulan di langit namun apalah daya dirinya manusia yang lemah ini. Pupukan awan putih yang menghiasi dada langit begitu mengasyikkan. Betapa hebatnya ciptaan Allah swt.

Terlerai seketika masalah yang mendapa dalam kotak fikirannya ini. Mengeluh untuk sekian kalinya pun takkan menyelesaikan masalah yang berhimpun.

Indahnya awan putih yang menghiasi malam ini dan malam-malam sebelumnya. Entah berapa kali dirinya memuji setiap ciptaanyan pun, entah berapa kali pun dia tidak tahu. Apa yang pasti setiap ciptaanNya pasti mengundang kekaguman dalam hatinya. Lantas membawa dirinya untuk merenung betapa hebatnya Allah swt.

Dia terdiam lagi. Berfikir untuk kesekian kali tentang keputusan yang harus diambil. Otaknya buntu. Pintu minda seolah tertutup menghalang dirinya untuk berfikir.

Tangan kirinya memicit permukaan dahi dengan perlahan-lahan. Patutkah dia pergi ke Palestin? Membantu mereka yang berada di sana. Hati ini begitu melonjak untuk bersama menyertai bersama gerombolan mereka yang prihatin terhadap Palestin.

Pohon kurma begitu indah melambai dirinya. Imaginasi minda mula melangkau ke dalam ruang bilik dengan runtuhan bangunan. Terbayang dalam kotak-kotak fikirannya anak-anak kecil meraung. Seolah tahu bahawa dirinya tinggal sebatang kara.

Terngiang di telinga rintihan anak-anak di Palestin. Terasa berbekas teriakan dewasa memaki Israel. Apakah keputusan yang harus dia ambil?

Dia ingin pergi. Atas alasan apakah dia ingin menolak tawaran keemasan ini? Tawaran untuk berjihad di jalan Allah, mati sebagai seorang syuhada di bumi Palestin ini bukan calang-calang. Tak semua yang terpilih. Buntu.

Apa dia takut nyawanya akan ditelan oleh peluru-peluru sesat yang tak mengenal sesiapa itu? Untuk sekian kalinya, keluhan terhambur dari dua ulas bibirnya yang masih kemerahan.

Air mata hiba mengalir menuruni lekuk pipi, membasahi wajahnya. Pilu hatinya memikirkan perkara yang satu itu. Dia membandingkan diri dengan kanak-kanak di sana.

Berapa banyak yang menghargai ibu bapa hari ini?

Berapa banyak yang menghargai erti keharmonian pada hari ini?

Ah, semuanya begitu pasti. Hari-hari akhir zaman yang semakin medekat. Seketika tubuhnya menggeletar, gerun memikirkan nasib diri di akhirat nanti.

Permasalahannya kini, bagaimanakah dia harus memaklumkan kepada isteri tercinta yang sedang sarat mengandung anak sulung?

Berat sungguh keputusan yang harus diambil. Sejenak dia diam lagi, matanya masih lagi tertancap pada dada langit. Hatinya tidak putus-putus melaungkan Subhanallah, tanda mengagungkan ciptaan milik Allah.

Kerusi malas bergerak lagi. Ke depan. Ke belakang. Seakan mengerti dengan perasaan hatinya yang berkecamuk, berselirat dengan keputusan yang berbahagi untuk dipertaruhkan.

Bulan masih lagi galak bersinar, memantulkan cahaya dari matahari dalam malam yang penuh kegelapan ini. Awan masih lagi berarak perlahan walaupun malam sudah lewat. Peredaran masa, siang dan malam tetap berganti. Namun, masalahnya ini tidak pernah selesai sejak tiga hari yang lepas.

“Assalamualaikum, saudara Amran. Bolehkah kita borak-borak sekejap? Saya ada perkara penting untuk dikongsikan.”

Dan pada ketika itu, dia mampu merenung kosong wajah di bosnya. Tidak pernah dia bersua muka dan bercakap dengan bosnya melainkan hal-hal yang berkaitan dengan kerja. Namun, dua pasang kakinya bagai dipaksa dengan rela untuk menurut langkah Syed Nazri merangkap bosnya selama 2 tahun ini.

“Saya ada tawaran untuk saudara ke Palestin....bla,bla,bla...”

Selebihnya kedua telinga kiri dan kanannnya sudah jadi kebas, segala butir bicara bosnya bagaikan angin bolos. Hilang begitu sahaja. Cuma apa yang pasti, perkataan Palestin itu mengimbau kembali kemahuannya untuk menjenguk seketika bumi yang menjadi rebutan antara Islam dan Kristian dulu, sekadar ingin menghulurkan bantuan mengikut kemampuannya.

2 tahun lalu, betapa semangatnya berkobar untuk memijak bumi pada pada anbiya itu. Namun, mungkin bukan rezekinya, tiada peluang yang dapat dia intai. Dan pada tiga hari lepas peluang yang telah terhakis oleh putaran masa itu kini seakan-akan ingin menjelmakan diri lagi.

Apakah yang harus dia buat? Pergi atau tidak?
Meninggalkan isteri yang tercinta yang bakal melahirkan anak sulung mereka dua bulan lagi. Adakah dia sanggup?
Tapi apakah dia harus mengabaikan tuntutan agama,membiarkan saudara sesama Islam ditindas oleh para celaka Israel?
Imbasan demi imbasan cebisan kejadian yang dipaparkan di media, adakah hanya seteruk itu? Atau mungkin lebih dahsyat lagi. Sekali lagi, hatinya begitu kepingin sekali untuk ke Palestin.
Angin malam berpuput lembut. Seketika dia leka dengan nikmat yang diberikan ini. Adakah mereka di Palestin pada malam ini juga sedang menikmati angin malam di gazebo sepertinya?
Hatinya begitu meruntun untuk ke Palestin, namun desakan hatinya untuk tanggungjawab sebagai seorang suami dan bakal walid juga begitu menggasak. Jalan apakah yang harus dia pilih?
Pili paip diputar ke kiri sejurus sebelum air dingin menyapa tisu-tisu kulitnya. Malam semakin tua, namun keindahannya tidak pernah pudar. Subhanallah.
Air dingin mencecah kulit mukanya, memberi kesegaran yang nyaman. Perlahan-lahan gerakan tangannya membasahi anggota tubuhnya dengan wuduk.
Berdiri di atas sejadahnya yang sudah luntur dimamah usia waktu, sejadah itu sudah setia menemaninya sejak berusia 13 tahun lagi. Dengan penuh rasa kerendahan diri, dia rukuk dan sujud kepada Pencipta. Meminta petunjuk yang akan dilaksanakan demi untuk memenuhi tuntutan ibadahnya.
Lama dia bermunajat pada Pencipta yang hak dan mutlak itu, meminta dengan kerendahan diri. Memohon ampun atas kekhilafan diri sendiri saban waktu.
Sesungguhnya, dada langit Malaysia dan Palestin tidak jauh bezanya. Bintang, bulan dan awan tetap hebat kerana mereka adalah ciptaan Allah swt. Subhanallah.
Teringat betapa tabah diri seorang isteri yang merelakan kepergian suaminya untuk berjihad. Terima kasih, isteriku.
Teringat petunjuk yang Allah swt berikan padanya. Dia Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Dengan izinNya, kakinya kini sudah mencecah bumi Palestin.
Pilu hatinya apabila sampai. Daif benar dan di sini hadirnya dia sebagai pasukan penyelamat dari Malaysia.
Sungguh, jihad di jalan Allah itu indah dari sebarang keindahan duniawi yang ada. Malaysia, tunggu kepulanganku, Insya Allah.

Tuesday, 13 September 2011

Sekadar Coretan Pena Tumpul


HiDup iNi  sEkaDar PErJalaNAn SemeNtara di Dunia



Hidup ini
Buat ramai yang tertanya-tanya
Mengapa perkara INI terjadi pada aku
Semua persoalan itu mungkin akan terjawab
Mungkin esok
Mungkin tahun depan
Mungkin 10 tahun akan datang
Kita tak pernah tahu

Setiap masa dan ketika
Kita diuji oleh Nya
Dan pada detik ini
Dan pada saat ini
Syaitan begitu bangga membuai kita untuk leka
Lalu kita terus hanyut dengan janji manis Syaitan

Semua benda yang terjadi di dunia ini
Setiap peristiwa yang terakam dalam diari kehidupan
Cebisan-cebisan kehidupan itu tidak BODOH
Mesti ada sebab kenapa
Allah lebih mengetahui dari kita
Serahkan kehidupan ini padaNya

Aku sering INGATkan diri
Yang sering kali lemah dan terjatuh
Bahawa hidup ini INDAH
Dan setiap peristiwa dan detik berlalu begitu berharga
Berpeganglah pada temali yang Allah swt janjikan
InsyaAllah, bahagia dunia dan akhirat....
Assalamualaikum wbt...


Sunday, 21 August 2011

Friday, 12 August 2011

Ribut Taufan La Ain



~ LA NINA AIN~


Charger laptop rosak
Esaimen jadi huru-hara
Hidup aku pun tengah dilanda ribut taufan sekarang
Macam mana ni !!!!
Tension tahap gaban
Migraine pun macam nak say “Hi.”
Huh!
Matilah aku
Aku perlu cari jalan penyelesaian segera
Kalau tak masak ar aku
Tolong..
Tolong..
Tolong..
huhuhu

Sunday, 7 August 2011

Yang Pertama



Ramadhan yang pertama
Hari puasa pertama untuk Ramadhan
Ada cop mohor dari Allah swt
Mula-mula aku puasa tak rasa apa-apa
And aku asyik fikir
Apa jugalah bestnya Ramadhan ni?
Kenapa semua orang asyik cakap pasal Ramadhan?
Akhirnya bila Ramadhan tiba...
Woah!!!!!
No wonder lah..
Memang best..
Sangat best..
First Ramadhan ni, ada dugaan untuk aku
Hadiah dari Allah
Dan bila tengok dari sudut positif
Segala yang berlaku sesungguhnya ada hikmah
Anyway, selamat berpuasa..
Semoga bulan ni menjadi rahmatNya untuk kita beribadat J

Thursday, 4 August 2011

Dalam Setiap Airmata & Gelak Tawa Dia Ada


~kesEdihan mendeKAtkan dirI paDANya~


“Si Buruk!”
“Anak luar nikah!
“Pembawa malang!”
Diam. Pandangannya terus ditundukkan. Kakinya terus laju mengatur langkah tanpa menghiraukan caci maki mereka. Biarlah, mereka tidak tahu dan tidak pernah akan tahu. Biarlah, mereka tidak faham dan tidak pernah akan faham. Hanya dia. Hanya dia dan Kak Lia saja yang tahu dan faham.
Selang 6 buah rumah-rumah batu yang gah berdiri ini, dia akan sampai ke destinasi yang dituju. Fikirannya melayang  memikirkan ibu sudah lama meninggal ketika melahirkannya dan ayah pula sudah menemui pengganti ibu. Tempat bergantungnya kini hanya dengan Kak Lia. Kak Lialah pengganti ibu dan ayah. Kak Lialah abang dan kakak.
“Assalamualaikum.”
“Assalamualaikum.”
“Assalamualaikum.”
Tiga kali salam, tiada bersahutan. Dia cemas. Matanya merenung mangkuk tingkat yang masih lagi digenggam kemas oleh tangan kiri. Hati berbelah bagi untuk masuk ke dalam rumah batu bercat jingga. Patutkah dia masuk atau terus balik semula. Dia tidak betah untuk berada lama-lama sementelah kedatangannya selama ini bagai malapetaka buat ibu tirinya.
Namun atas perasaan ingin tahu, kakinya dihayun ke muka pintu. Menggeletar lututnya ketika memijak jubin-jubin berwarna putih. Selama ini di teratak peninggalan Nek Limah, kakinya hanya mampu merasakan betapa kasarnya kepingan papan usang yang sudah berusia berpuluh tahun itu.
Mulutnya ternganga. Di hadapannya kini terkujur sebatang tubuh yang amat dikenali. Hatinya mula berbelah bagi untuk masuk menolong atau tidak.
“Budak sial! Engkau jangan berani nak jejak ke dalam rumah aku ni. Nanti tak pasal-pasal sial kau tu bawa bala kat rumah ni!”
Amaran itu masih lagi terngiang-ngiang. Bergema di mindanya. Fikirannya jadi buntu sekarang ini. Apalah daya seorang yang berusia 8 tahun? Patutkah dia meminta pertolongan dari jiran-jiran terdekat? Atau patutkah dia terus sahaja meninggalkan ibu tirinya terbaring?
Akhirnya, dia membuat keputusan. Tubuhnya dipusingkan. Dia perlu segera turun dari rumah itu. Kalau tidak pelbagai kemungkinan yang buruk akan berlaku.
Matanya terbeliak. Jelas ketakutan terpancar dari matanya. Di depannya kini berdiri ayahnya dengan muka bengis. Raut muka yang menyinga itu sudah cukup untuk membuat tubuhnya terketar-ketar. Bibirnya pucat. Tangannya sudah terasa dingin. Dahinya mengeluarkan keringat sejuk.
“Apa yang kau dah buat?!”
Hampir terlompat dia dengan suara nyaring yang menengking itu. Itukah kasih sayang yang patut ditunjukkan oleh seorang ayah? Padahal di sekolah selama ini dia diajar bahawa ayah itu sifatnya penyayang. Ayah itu yang bertanggungjawab mencari rezeki dan memberi perlindungan. Tapi kenapa ayah yang berdiri di depannya kini berbeza sungguh. Adakah cikgu-cikgu di sekolah yang salah mencirikan watak seorang ayah yang sebetulnya? Mungkin watak seorang ayah yang patut didedahkan adalah seperti lelaki yang berdiri di depannya kini?
Pap!
Berkali-kali tubuhnya menjadi sajian kepada tali pinggang yang fungsinya  sepatutnya di seluar ayah. Kesakitan yang menular di tubuh ditahan. Bibirnya diketap. Dia tidak akan mengeluarkan sebarang bunyi, kalau tidak libasan di badannya akan bertambah kuat.
Sakit ayah! Sakit! Sayang perkataan itu hanya terperangkap pada kerongkongnya. Kesakitan akibat libasan demi libasan membuatkan dia tidak terdaya.
Bukan sekali dia disayangi oleh ayahnya dengan cara begini. Disayangi? Kata Kak Lia, inilah caranya ayah menunjukkan kasih sayang. Bila ditanya kenapa berbeza benar cara ayah dengan ayah kawannya, Kak Lia kata ayah unik. Oleh itu, dia perlu menghargai cara ayah menyayanginya dengan mendiamkan diri dan merelakan badannya menjadi mangsa kepada libasan demi libasan.
Ya Allah, berulang kali diucapkannya dalam hati. Kata Kak Lia kalau setiap kali ayah menunjukkan kasih sayangnya, dia perlu mengucapkan Ya Allah berulang kali. Kata Kak Lia itu umpama mengucapkan terima kasih kepada ayah. Ah, benarkah itu, Kak Lia?
Ayah masih tidak berhenti lagi. Pandangannya mula kelam dan akhirnya menjadi kelam. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada dalam semak. Pakaianya sudah rabak dimamah libasan tali pinggang ayah.
Lutut dirapatkan ke tubuh. Kepalanya disandarkan pada lutut dan perlahan-lahan air matanya mengalir. Pelik tapi itulah hakikatnya, kenapa dia perlu terasa sedih dengan cara layanan ayah menunjukkan kasih sayang dengannya. Dengan adik-adik tirinya ayah tidak pernah menunjukkan kasih sayang yang sedemikian rupa. Agaknya dia terlalu disayangi ayah sehingga layanan ayah terhadapnya juga berbeza sungguh.
Senja itu menjadi saksi dia berjalan terhuyung-hayang balik ke teratak usangnya yang berada di pinggir hutan, jauh dari kawasan yang gah dengan rumah-rumah yang bercat dan penuh dengan warna bila malam menjelang.
Kalau dia bisa katakan pada ayah perkara yang sebenar, adakah ayah akan berhenti untuk tidak melibaskan tali pinggang sehingga meninggalkan birat merah di tubuhnya? Dia tak pasti.
15 tahun sudah berlalu. Namun, kejadian hari itu ibarat parut yang tidak akan hilang malah masih segar lagi membaluti memorinya.
Kini, dia tinggal sebatang kara. Tanpa ayah. Tanpa Kak Lia. Tanpa ibu tirinya. Tanpa adik-adik tirinya. Kak Lia terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. Ayah dan keluarga barunya pula rentung bersama rumah yang bercat jingga itu.
Tragis. Kehidupan sebatang kara sejak dia berumur 15 tahun yang tragis. Tanpa kata, ternyata maut kejam meragut nyawa-nyawa mereka. Tanpa amaran maut membenarkan keluarganya tinggalkan dia seorang.
Mujur di saat itu, pengalaman buat dia kuat hadapi dugaan demi dugaan. Sudahlah digelar anak luar nikah, pembawa malang dan si buruk, kehilangan mereka yang mempunyai pertalian darah dengannya terasa terlalu berat untuk dipikul olehnya. Berat mata memandang,namun berat lagi berat lagi bahu yang memikul.
Bukan mudah untuk mengutip cebisan demi cebisan kehidupannya yang sudah carik. Tapi masih ada lagi yang menyayanginya.
Nur Adira Zulaikha binti Abdul Rahman. Nama ini semanis orangnya. Tanpa sahabat seorang ini entah kehidupan apa yang bakal mewarnai masa depannya.
“Nur, Dira tak suka kalau Nur diam saja. Ingat setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.”
Diam.
Dia diam. Sedikit tidak terkesan di hatinya akan kata-kata roommate sejak hari pertama menginjakkan kaki ke Sekolah Menengah Sains Labuan. Segala duka terkumpul di hatinya sehingga tak tergambarkan dengan kata-kata.
Dia tak tahu apa yang harus dia lakukan. Dan malam itu, ketika sedang dia terbaring merenung siling putih dengan pandangan yang kosong, telinganya menangkap sayup-sayup suara Dira mengalunkan ayat-ayat suci dari kitab suci Al Quran.
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
                                                           (Surah Al Baqarah ayat 286)

Kedengaran lagi suara Dira membacakan tafsir bagi ayat yang dibacanya. Terpana dia seketika. Terpana dia seketika dengan kebodohannya selama. Terpana dengan kejahilannya selama ini.
Dan hari ini, dia sudah keluar dari kepompong lama. Dia sudah memulakan dengan titik perjalanan hidup yang baru. Walaupun sebelum ini kehidupannya penuh dengan warna duka, yang masih lagi jadi parut dalam memorinya, dia tetap bersyukur atas apa yang dia jadi pada hari ini.
Andai dia punya kesempatan, ingin dia katakan kepada ayah bahawa dia tidak tahu kenapa isteri baru ayah terbaring di tengah-tengah ruang tamu. Dan dia ingin tanyakan ayah kenapa cara ayah menyayangi terlalu istimewa?
Dan jika dia punya waktu, ingin dia berterima kasih kepada Kak Lia pada untuk hari-hari yang mereka kongsi bersama. Alangkah begitu hati ini merindui Kak Lia, namunlah apa dayanya menolak ketentuan bahawa kakaknya sudah lama dijemput untuk menemui PenciptaNya.
Malah, jika dia punya peluang untuk menjejakkan kaki ke teratak usangnya yang menyimpan cerita dukanya, mahu saja dia katakan kepada mereka yang mencacinya dulu, “Terima kasih. Kalau tidak mungkin saya bukan saya yang hari ini.”
Parut yang melintang di dahinya diusap perlahan. Terasa memori semalam mengasak mindanya untuk mengimbas kembali setiap apa yang berlaku.
Sejak hari dia kehilangan keluarganya, keluarga Encik Abdul Rahman telah mengambilnya sebagai anak angkat.
Sejak dari itu, barulah dia dapat mengenalpasti ciri-ciri seorang ayah yang selalu cikgunya di sekolah sebutkan. Seorang ayah yang bertanggungjawab, mencari rezeki dan memberi perlindungan dan mendidik dengan penuh kasih sayang.
Dari situ, jiwa gersangnya bagai disiram semula dengan kasih sayang keluarga Nur Adira Zulaikha binti Abdul Rahman. Dia mula membentuk dirinya yang sudah kehilangan daya untuk senyum. Dirinya bagaikan sudah menemui vaksin untuk melawan segala virus dalam hatinya.
Kejadian dia mendengarkan alunan Al Quran malam itu juga menyedarkan dia bahawa hidup ini masih ada lagi Dia. Kasih sayangNya lebih hakiki. Sejak itu, dia mula mendalami cinta Allah swt kepadanya.
“Doktor Nur Qalisha?”
Suara Dira menyedarkannya bahawa dari lamunannya. Senyuman segera dilemparkan untuk sahabat yang sentiasa berada di sisinya. Namun, pada hari dia mendengar ayat-ayat Allah dari surah Al Baqarah malam itu dia tahu bahawa Allah swt sentiasa ada untuk dia. Sesungguhnya di setiap titis air mata, di setiap gelak tawa itu Allah swt ada bersama kita.

Oleh : daRK ChOcS

Wednesday, 18 May 2011

CITER 6 Here I Comes

CITER 6 "hERE I cOmEs, " said Mr EXAmS



Meja aku cakap , “ Meh, dating dengan I”
Kita study
Aku wat bodo
Cian meja.. L
Tapi aku memang takde mood nak blaja ar malam ni
Tapi bila ingatkan paper esok
OMG, aku lom abis study lagi
Tension, tension
Kenang balik dalam hati, “ Nape aku perlu belajar?”
Untuk dunia semata?
Untuk buat parents bangga semata-mata
Ataupun
Untuk akhirat?
Ataupun untuk dua-duanya sekali
No one knows apa yang ada dalam hati masing-masing
Kalau kat akhirat nanti, “Fulan, kat mana kau habiskan semua ilmu di dunia sana”
Rasanya ada bagi manfaat tak kat semua orang
Renunglah sendiri
Sekarang kat mana-mana selalu je jumpa hot slogan ni..
BELAJAR UNTUK SEPANJANG HAYAT BUKAN UNTUK EXAM
Bet0l tu, aku sokong 200%
Tapi semaklah hati
Tanya sendiri
Betulkan niat
Semoga ilmu tu sentiasa mendapat keredhaan Allah swt
insyaAllah  jika niat ikhlas kerana Allah semata ilmu itu akan sentiasa mendapat berkatNya...
assalamualaikum.. J

Tuesday, 17 May 2011

CITER 5 Runs out of IDea

CITER 5 RuNS Out Of IdEa
~lalalalalala.....
Otak tak dapat berfikir sekarang ni sebab aku tak ada idea nak letak apa yang patut kat blog aku ni. Hidup ni memang sebulat dan sebiji macam cakes, ice creams and chocs. Huhu..
Tetiba je aku fikir, kenapa  aku tak buat blog aku ala-ala cerpen sket. Yela walaupun takde orang yang baca at least aku dapat buat perkara yang aku suka. Tapi tak ada orang baca blog aku lagi bagus. Senang la aku nak suka suki tulis apa-apa je yang aku nak. Good idea I guess..XD
Assalamualaikum...

Friday, 13 May 2011

Citer 4 MaCam2 KeReNaH

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)
Perasaaan marah itu susah dikawal. Kadang-kadang boleh terkeluar perkataan yang tak patut-patut. Aku pun susah juga nak kawal perasaan marah ni kadang-kadang rasa macam nak baling je orang tu kat laut, biar lemas. (Kejam kan?) Tapi setiap kali tu lah aku mengingatkan diri untuk beristighar, banyak-banyak dan secara terus sampai marah aku tu reda. Bukannya apa, kalau tangan aku naik kat orang tu, bukan naya ke nanti. Maklumlah aku ni kadang-kadang boleh terlebih force bila menghentam orang.:)
For example kata orang putih, pagi tadi aku usik la kawan aku ni. Tiba-tiba entah dari mana sekor alien yang memang sah-sah aku tak kenal ni mendarat dengan selamatnya atas port aku. Boleh siap dengan bahasa-bahasa alien yang langsung aku tak pahami. Aku memang habuk tak faham tapi adalah sket  dia punya tatabahasa tu buat aku hangin satu badan.  Dipanjangkan cerita aku yang pendek tu, beginilah kisahnya....
Aku : Apa kes ni? Tetiba marah kat aku ni, bukannya aku ada kacau ko pun.
Alien : ~!@#$%^&*()_+( Bahasa Alien yang tidak DIFAHAMI)
Aku : Engkau kenapa ni?
Alien : )(*&^%$# (Maaf la aku tak reti nak translate..he3)
Aku : Aku tak kacau ko pown. So, please la tolong jangan sibuk pasal aku.
            Sape yang tak angin kalau bahasa yang alien tu guna bahasa kasar. Aku pun boleh naik hantu tau. Tak pasal-pasal kumpul dosa sebab marah ngan dia. Isk3.  Aku sangat tak kisah sebelum ni sebab dia selalu buat macam tu kat aku. Sebagai jalan keluar, aku jarangkan komunikasi secara berkesan aku dengan dia L.. Semua tu untuk mengelakkan dosa aku terkumpul banyak sebab selalu marah-marah dengan dia. Tapi ayat dia pagi tadi, fuh, power gler sampai berasap telinga aku.
Sebenarnya tujuan I tulis-tulis sebab nak minta maaf kat dia and nak jadikan benda sebagai refleksi. Alamak, macam buat coursework pulak, siap dengan refleksi untuk minta maaf ngan dia. Gomenasai ye MR Alien.
Memang diri susah untuk mengawal kemarahan. Ni baru sedikit dah naik angin. Bayangkan kalau kita kena provok atas sebab-sebab yang mungkin tak masuk akal, nonsense omputih kata. Mungkin senang sahaja mulut kita ni keluar perkataan yang entah apa-apa. Silap-silap boleh merumitkan keadaan.
Try to be in my shoes? Selalu je orang fikir macam tu. Of course la memang kadang-kadang mulut lagi senang nak cakap dari empunya badan diri yang sedang marah. Tapi sila ye mengingatkan dirianda, SABAR itu separuh dari IMAN.
Kadang-kadang ramai yang beranggapan marah tu dah jadi tabiat mereka. Sikit-sikit orang lain tegur dah nak melenting. Sikit-sikit orang buat silap mulut laser buat telinga berdesup. Susah nak control tapi InsyaAllah kalau istiqamah nanti boleh tu. Aku dulu pun pemarah, sangat pemarah sampai ramai yang berfikiran negatif pasal aku. Tapi at least bila aku fikir, “Sape yang suka kena marah? Mesti kesiankan?” Jadi aku pun try to control aku punya kemarahan ni and alhamdullilah setelah bertahun-tahun mencuba, ok je aku sekarang.
Marah tu bahaya. Marah tu boleh mengundang pelbagai kemungkinan yang korang dan aku tak suka. Aku tak tau korang tapi aku sangat tak suka bila orang buat hal yang aku tak buat kat orang tu. Biasanya aku tied my tongue sampai tak boleh tahan baru aku tegur. Tu biasanya aku tapi kalau dah melampau sangat mungkin aku boleh mengamuk. Memang ramai yang tak kisah dengan perasaan orang lain tapi kalau semua buat macam tu memang haru lah dunia ni. Biarkan je orang yang memang tak kisah dengan perasaan orang lain tu. Mulut suka suki dia je nak tegur (teguran tak berhemah). Apa pun, sentiasa tenang je dengan mereka yang macam tu.
Dia marah dengan kita, dia lah yang sakit hati. Kalau mulut dia suka suki nak menegur tak berhemah biar je, tak rugikan kita pun. Yang tension dia bukan kita. XD
Tapi sentiasalah istighar banyak-banyak dan ambil wuduk kalau marah. Dekatkan diri dengan Allah swt. Anggap orang yang marah dengan kita tu sebagai dugaan. Anyway, assalamualaikum....

Wednesday, 20 April 2011

MaSALAh HaTi vs mESeJ Miang ReBUng

Citer 3 Ain
Biar nafsu sunyi tanpa godaan,
Biar kaki sunyi tanpa berjalan,
Tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu,
Dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah swt
Sayang dan kasih pada sahabatnya tak semestinya diluah dengan tutur kata, moleknya ia disemai dengan ukhuwah, dierat dengan dakwah dan diringi dengan doa,
Moga redha Allah sentiasa bersamamu
Moga bertambah matang dalam menghadapi resam duniawi
Senyum sentiasa seperti Rasullulah.

Titip pesanan ni dihantar pada aku time aku tidur. Jadi time baca mamai-mamai tu, aku macam blur masa baca. Tapi masa bangun Solat Subuh baru aku perasan yang ada Unknown number text aku. Lama juga aku fikir alien mana lah yang pergi text aku ni. Lagipun aku ni jenis yang tak suka number aku ada kat sebarang orang. Rasa tak selesa sebenarnya. Tapi dalam kes Mr Unknown guy ni, dia boleh dimaafkan sebab message yang dia bagi tu buat aku fikir lebih jauh dalam melakukan amal ibadat, insyaAllah. J
Adoi, walaupun dalam otak aku asyik nak ignore je dia punyer mesej tu tapi hati ni asyik je tertanya-tanya sape dia ni. Yang paling bagus lagi, aku fikir , “Ni mesej main forward ke?” Hehe. Jangan marah ye. Dengan bantuan detective yang tak bertauliah, aku berjaya mengesan siapakah Unknown tu. Lepas tu aku amik keputusan yang aku akan buat biasa-biasa je walaupun aku tau sape dia. Biarlah yang penting perkara ni tak menimbulkan ketakselesaan dia kat aku.
Pengajaran yang anda dapati dari citer ini ialah, jangan lah sibuk-sibuk dengan unknown number yang tiba-tiba mesej anda dan mesej tu berbunyi, “Hi, boleh berkenalan” Atau yang paling haru lagi boleh request RM1, permintaan yang langsung tak gentleman. Polar bear kat North Pole tu lagi pandai ngorat dari dia. XD
            Actually apa yang  aku nak kongsikan kat sini ialah, bagi aku lah, mesej-mesej ni yang jiwang karat plus dengan ayat bunga-bunga 2 buang masa. Memang diakui dulu pun aku ni kaki mesej, suka bergayut sampai tengah malam lagi. Nasib baik monyet tak ikut aku sekali bergayut. XD. Dan sesungguhnya, bermesyuarat tingkap dengan ‘mereka’ berjam-jam, langsung tak mendatangkan hasil. Baik aku buat perkara yang berfaedah macam makan ais krim ke, main games kat laptop ke atau yang paling afdal sekali baca Al Quran. Lepas beberapa lama aku jadi boring jadi kaki fon. Sekarang, InsyaAllah dunia aku dah bebas dari masalah fon sedunia. Alhamdulilah.
            Kaitannya Mr Unknown tu, ilek la kalau ada number yang sesat. Seperti kata pepatah orang Melayu dulu-dulu, malu bertanya sesat jalan. Number tu malu bertanya sebab tu dia sesat jalan. Ni untuk kes yang text merapu sebab empunya fon number tu asal dari spesies ikan kerapu. PLEASE BE ALERT REGARDING THIS MATTER. Jangan layan kalau dapat mesej yang rubbish bab mesej tu membahayakan keselamatan anda dari pelbagai sudut. Tak caya tanya ngan polar bear dari North Pole. J
            Melalui pengalaman aku juga, ramai yang TERJUMPA soulmate dari nombor sesat ni. Ye ke? Maybe, sebab Allah je lebih mengetahui. Yang tak bestnya, ramai yang tertipu dengan nombor sesat ni. Ini pun aku belajar dari pengalaman sendiri. Bukan setakat fon number sesat, dalam Facebook pun boleh jadi kes yang sama. Contoh yang paling sahih dan benar, ada sorang budak Form 2 ajak aku couple. Lucukan, padahal umur aku dah nak 20 tahun this year. Apa punya mata la tengok aku ni sama umur dengan dia. Kurang asam boi betul, rasa macam nak baling dari tingkat empat je mamat sekor tu.
            So, please la ye. Jangan rasa terganggu dengan nombor penuh unsur-unsur miang rebung. Nanti satu badan gatal sape yang nak tolong garu, diri sendiri juga. Padan muka yang suka layan nombor sesat. Memang best, memang asyik tapi kalau boleh mencemarkan hati takkan nak layan juga. Okai, selamat berjaya mengelakkan diri dari nombor sesat ni. Assalamualaikum.......

Saturday, 16 April 2011

PerKembanGan KeDai KeK AiN

Citer 2
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dikembalikan.”
Alhamdullilah, setiap kali aku buka mata setelah dari tidur lena, aku dapati nyawa ini masih lagi tersarung pada jasad. Jantung masih lagi berdegup normal. Mata masih lagi boleh melihat, telinga masih lagi mendengar, mulut masih mampu mengucapkan alhamdullilah dan saraf-saraf ini masih lagi boleh menerima impulses.
Perkara pertama untuk aku pelajari dalam Islam ialah, Al Fatihah selepas mengucap kalimah syahadah. Aku suka Al Fatihah, sangat suka. Lama juga kot aku hafal Al Fatihah tapi alhamdullilah aku dapat lakukannya. Walaupun aku rasa sentiasa lambat untuk menghafal dengan OS yang lambat loading ni tapi Insya Allah semuanya boleh jika dilakukan dengan penuh istiqamah. XD
Kemudian, sedikit demi sedikit aku mula mempelajari tentang solat. Solat buat aku tenang, aku cuba untuk merendahkan hati ini, serendah-rendahnya sebagai hamba Allah yang hina. Hamba yang banyak membuat dosa tidak kira masa dan tempat. Bayangkan selama ini hidup aku ibarat macam tiada pegangan, kalau tak silap aku dalam 7 tahun macam tu. Selepas menemui kebahagian yang hakiki di jalan Allah, aku mula mendidik hati ini yang telah lama keras menjadi kerikil. Agaknya kerikil-kerikil kat tepi jalan tu pown lagi boleh menjadi serpihan halus berbanding hati aku ni. Banyak lagi yang perlu aku didik.
Masih lagi aku ingat beberapa minit sebelum aku menjadi Nur Qurratul Ain, aku membuat satu request kepada "mereka", “Tolong jaga saya.” Malam tu, ramai yang datang ke bilik hamba Allah (Yaya & Ckyn) , membawa kesyukuran yang tak terhingga. Ada yang memberikan helaian tudung untuk menutup aurat. Tudung ini membuat aku selamat kerana tiada lagi yang mampu mengeksploitasi aku melalui mata mereka yang nakal. Sayang kepada mereka yang tidak mengenakan tudung ataupun menganggap tudung sebagai hiasan kepala semata. Allah itu Maha Mengetahui, tiada hukum bagi perempuan untuk wajib menutup aurat kalau semuanya itu tidak akan menjamin kepentingan untuk kita semua. Jadi kepada mereka yang suka mengenakan tudung ikut fesyen dalam butik muslimah ala-ala zaman moden tu, sila la yerr tanya apa tujuan anda memakai tudung? Sebab mengejar keredhaan Allah dan mengelakkan azab neraka nanti ke? Ataupun atas kewajipan semata-mata dan buat korang semua rasa ikut fesyen tu tak jadi masalah sebab yang penting rambut dah ditutup? Lu pikir lah sendiri.
Hari yang berlalu, membuatkan aku terasa sudah lama menjadi seorang muslimat padahal baru beberapa minggu. Kesyukuran yang terhingga kerana aku diberikan hidayah olehNya. Dugaan yang Allah swt bagi tu berguna tau, ada hikmahnya. Macam yang kawan aku cakap, “Dugaan tu Allah bagi untuk menguji keimanan kita. Semakin berat dugaannya, semakin iman kita akan bertambah jika kita berjaya melepas dugaan tersebut. Insya Allah.” Malah, Allah pun tidak akan membebankan kita dengan dugaan yang kita tak mampu. Selepas aku menjadi Nur Qurratul Ain banyak juga dugaan tapi Alhamdullilah rasanya sekarang ni aku masih lagi mampu tersenyum. Reaksi famili yang mamang aku duga, reaksi kawan yang aku tak pernah duga, fitnah orang yang mengatakan aku dipaksa untuk convert, semuanya buat emosi aku bercampur macam rojak buah. Huru hara kedai kek aku,means hidup ini macam kek, macam-macam perisa sekarang yang my taste bud boleh rasa.
Tapi bagi, kalau aku di jalan yang betul susah rasanya aku nak patah balik. Sekali I buat keputusan, no turning back sebab dalam prinsip hidup I U turn tu tak wujud. Yang penting untuk aku ialah masa depan, tapi masa belakang pun penting juga. Kalau aku biasanya aku jadikan masa belakang aku sebagai motivasi, masa depan sebagai panduan. Hidup aku sekarang hanyalah untuk mencari keredhaan Allah swt. Aku kadang-kadang jadi cemburu kepada mereka yang lahir sebagai Islam kerana amal ibadat mereka yang telah terkumpul sejak sekian lama pasti banyak dari aku. Sedihnyerrrr... Tapi walaupun aku tertinggal komuter tak semestinya tak ada lagi peluang aku untuk naik komuter. Yang penting aku tunggu dengan sabar dan istiqamah. Kan3.
Ya Allah, aku rindu pada panggilan mati, mati di jalan Mu. Ya Allah aku tertunggu untuk sentiasa mendapat keredhaanMu. Ya Allah, aku jadi tertanya bilakah aku akan mendapat kekhusyukan untuk beribadat kepada Mu sepenuhnya, aku jadi cemburu kepada mereka, golongan ahli syurga yang begitu khsuyuk menghadapMu. Aku jadi takut dengan akhirat yang mungkin di mana neraka jahanam itu jadi rumahku. Ya Allah jauhkanlah aku dari azab kubur dan neraka. Luruskan jalan yang bengkok setiap kali aku tersasar dari jalanMu. Semuanya dengan keizinanMu semata. Di hati ini aku sematkan bahawa biarlah ibadatku ini ikhlas dan istiqamah sehingga nyawa ini dicabut oleh Izra’il pada masanya suatu hari nanti. Pesan Cikgu Ain, sila luaskan kubur anda dan pastikan anda dapat tiket flight ke Syurga nanti. Insya Allah bagi mereka yang kaya dengan amal ibadah. Bagi mereka yang belum lagi bersedia, ingatlah taubat anda itu akan diterima  sehinggalah matahari terbit barat nanti. Sampai sini je yerrr, assalamualaikum....

KeDAi KeK PerTama AIN

 Citer 1
Hari yang bersejarah mungkin bagi aku dan tidak bagi kamu semua. XD. Hari itu aku lahir semula ke dunia, hehe. Kenapa? Sebab aku bukannya mati pastu hidup semula. Ni tak payah pakai torchlight pown orang dah dapat tengok. Spotlight pown tak payah beli, membazir duit je. Nak tau apa kes? Ala, aku convert. Dari seorang Kristian kepada seorang Muslim.
Kenapa aku convert? Sebab lelaki ke? Ramai yang pikir macam tu tapi sebenarnya mana ada. Aku punyalah mengalami konflik dalaman selama ini tapi tak ramai yang tahu. Saya sedih, huhu. Bukan apa, ramai yang cakap muka aku ni ALWAYS BLUR. Apa boleh buat kan? Dah nasib badan macam tu. Agaknya apa yang berlaku pada hari aku convert tu?
Hurm, hari yang indah. Awan berarak putih, maknanya tak hujan la tu. Angin pun sepoi-sepoi bahasa maknanya takde rebut taufan time tu. Maknanya semua tenang dan normal seperti hari yang biasa-biasa. Tapi malangnya ada sorang kawan aku yang ni asyik tanya : Dah jumpa ustaz ke? So, korang rasa apa yang aku jawab, “Nantilah. Aku belum lagi bagitau mak aku.” Alasan kan? Syaitan memang suka buat aku ragu-ragu. Silalah berjihad dengan syaitan yer but DON’T COPY ME AT HOME.
Dipendekkan citer yang sememangnya pendek, aku pun dibawa berjumpa dengan seorang ustaz ni oleh kawan aku yang tak makan saman ni. Kalau korang jumpa kawan macam ni,sekeh je kepala dia. (Gurau jerrr). Actually, sebelum tu aku ngan kawan aku yang sorang ni ada jumpa ngan ustaz beberapa kali kat library. Maka, di situ bermulanya aktiviti sesi soal jawab antara I and dorang. Macam kena soal siasat pulak kan? Tak lah sampai macam tu. Cuma ustaz ni selalu beri aku satu situasi di mana aku perlu buat refleksi sendiri. Dari situ aku punya nekad makin kuat. Kalau  kena cabut nampak sekali akar-akar yang bercambah kat dlam hati aku ni. Akar yang sentiasa mencari satu alasan, kenapa aku perlu hidup di dunia ni?
Memang Kristian tu baik tapi hati ini lebih tertarik kepada Islam. Mengapa? Aku nampak nur kehidupan yang jelas di situ. Tak payah aku nak main teka teki dan sememangnya aku tak reti nak jawab teka-teki yang buat otak aku jadi makin kusut. Neuron pown makin berkurangan. Secara jujurnya, aku jatuh cinta dengan Islam. Teringat kata-kata seorang kawan, kalau nak tengok keindahan agama lihat lah pada agamanya sendiri. Kalau lihat kat penganut dia, susah I nak cakap. Besarkan mata, lu tengok sendiri. Pandai-pandailah pikir, jangan melencong kat tempat lain sudah dengan imaginasi korang yang bukan-bukan tu.
Citer aku tak putus setakat tu tau. Sejam sebelum solat Maghrib, aku telefon mak aku, my best100xfriend, dan beberapa lagi yang aku tak ingat. (Sori yer, sebarang kelupaan amatlah dikesali..XD). Sampai menangis-nangis aku call dorang time tu. Yelah, takut kena pulau family, resah dengan pandangan orang kat sekeliling aku, risau dengan penerimaan orang kat mana-mana. Semuanya macam adunan tepung, baking powder, perisa vanila dan yang sewaktu dengannya dalam mangkuk yang aku selalu tengok chef-chef guna untuk buat kek. Haru biru hidup aku yang selama ni tenang dan blur.
Family aku okay, semua okay. Line clear time tu untuk aku convert dari Kristian ke Islam. Tanpa paksaan yer, malah aku sendiri yang buat keputusan. So, nobody should blame others party. Ni hidup aku, yang lain-lain nak selak my tepi kain tu kenapa? Kalau nak jaga kebajikan aku takpe la. Ni asyik nak cari keburukan, kekurangan yang ada. Benda ni kan baik untuk aku. Dari aku Kristian tapi hidup tak mengamalkan amalan-amalan yang dituntut macam mana. Tak ke naya tu?
Lepas maghrib aku dengan dua orang budak kicik berjalan ke destinasi yang dituju. Budak kicik yang berumur 20 tahun. Ada ke? Lu pikirlah sendiri. (Kepada yang terlibat hal ini tidak berkaitan dengan yang masih hidup ataupun meninggal dunia. Pernyataaan ini adalah fiksyen gurauan semata..^____^)
Pengalaman aku mengucapkan kalimah agung tu, sampai sekarang boleh buat aku tersenyum. Almaklum dengan neuron yang makin berkurangan tu OS aku lambat loading sket untuk berfungsi. Tapi, ahamdullilah 14.02.2011 bersamaan Valentine Day yang aku tak pernah sambut tu dan bersamaan dengan hari my beloved1000x Prophet lahir esoknya, new person born named Nur Qurratul Ain.
Aku simple dan easy going. Tapi tak semestinya korang boleh baca apa yang aku rasa, pikir dan akan buat. Kawan aku pernah cakap, “Kau ni macam bom hidup. Nampak senang tapi sebenarnya complicated. ” So, pleaseeee la don’t judge my personality from my blurry face..btw, assalamualaikum everyone. Y ::PEACE::